Kawan-kawan kakcik

Isnin, 13 April 2015

Iklan baru dari Nuffnang...

...walaupun dapat pulangan tak banyak mana,  sekurang-kurangnya ada jugalah iklan berlari-lari dan menari-nari di blog ini...

Beriani Asif lagi...

Makan di sini hanya sesekali dan hanya bila dirasakan 'mampu'.  Harga makanan di sini tidaklah begitu mahal.  Walaubagaimanapun, layanan baik dari pemilik restoran ini dan keadaan restoran yang teratur lagi bersih, sangat memikat hati.  Sudah tentntulah hidangan juga sedap, jika tidak takkanlah ada keinginan untuk datang lagi, kan?

Catatan tentang restoran ini pernah aku rakam di SINI dan di SINI JUGA...

Kalau dulu Restoran ini hanya ada tujuh meja (setiap meja boleh memuatkan
8 hingga 10 pelanggan), sekarang ia sudah bertambah besar bila En Asif
berjaya mendapat ruang kedai sebelah sebagai tambahan kepada restorannya.
Eh...eh... jari siapalah tu?  Datang kali ini, kami merupakan pelanggan
terakhir sebelum restoran menanamatkan perniagaan untuk malam ini.
Air kosong dan mango lassi.  Minuman yang menjadi kesukaan bila
datang menjamu selera di sini...
Acar Mentah...
Lupa pulak nama hidangan kacang kuda ini.  Yang pastinya 'sedap'!...
Yang ini adalah daging rusa.  Sangat sedap dan lembut...
Nasi terakhir yang ada.  Cukup untuk 2 - 3 orang makan...
Lamb Shank yang jadi kegemaran anak-anak.  Seketul boleh dimakan
oleh 2 hingga 3 orang (yang tak kuat makan, lah...

Yang ini memang kesukaan juga - Cheese Naan...
Licinnnnn...   
Kos keseluruhan untuk kami berlima makan adalah
RM131.00.  Tak minta resit pula nak tengok ada GST ke tidak!

Ahad, 12 April 2015

Old Malaya Kopitiam, Seksyen 7, Shah Alam...

...milik Bumiputera Melayu sepenuhnya dan InsyaAllah makanan yang disajikan adalah halal. Terletak di belakang stesyen minyak Petronas tidak jauh dari Wisma Jakel.

Jom tengok gambar.  Semua yang di bawah ini adalah dipesan dan dimakan oleh ahli keluargaku. Aku cuma memesan semangkuk banana split (RM8.00) dan itu pun dikongsi dengan Iyra Mutalib... Kos keseluruhan kami makan di sini tidak kuketahui kerana pemilik restoran bermurah hati memberi kami makan secara percuma bila kami hendak membayar.  Alhamdulillah... (Oh...aku tidak datang sebagai seorang blogger yang mencari peluang makan percuma dan kemudian membuat promosi, ya. Hanya kebetulan pemilik itu kenalan suami dan kami pun baru singgah buat pertama kali)...




Macam iya-iya je Qaid tu nak buat pesanan...




Roti ini dipesan oleh Iyra Mutalib. Hanya satu
yang dimakan dan selebihnya kami beri kepada
seorang gadis kecil 'pemungut derma' yang hanya
minum segelas air kosong...


Laksa ini 'tersilap hantar' ke meja kami, tapi
sempat aku rakam gambarnya sebelum
dipulangkan semula...