Kawan-kawan kakcik

Khamis, 1 Januari 2015

Melepaskan keinginan di Restoran Beriani Asif...

...keinginan apa?  Keinginan untuk makan nasi beriani la.  Keinginan apa lagi kalau pergi ke restoran selain dari untuk makan dan minum, kan?

Sudah beberapa bulan tidak singgah di SINI, tiba-tiba En Suami teringin pula hendak makan beriani bersama lamb shank masala yang sangat enak di restoran ini...

Jika di waktu makan tengahari, restoran ini
biasanya dipenuhi pelanggan hingga sukar 
mendapat tempat duduk kalau datang lewat.


Keadaan lebih selesa jika datang di waktu malam.
En. Asif biasanya akan melayan sendiri pelanggannya.
Puas hatilah tu (gout tolak ke tepi dulu!).
Aku tidak memesan apa-apa.  Cukup dengan
hidangan yang dipesan oleh En Suami - sepinggan
beriani kosong (RM5.00) yang datang bersama acar
mentah dan seketul lamb shank masala (RM22.00).
Campur segelas jus oren (RM5.00) dan segelas air
kosong (percuma), dengan jumlah RM32.00, sudah
cukup untuk mengenyangkan perut kami berdua.
Kalau hendak pergi, alamatnya ada di sini. :)
Boleh buka laman web BerianiAsif di SINI

Hari ini = 1/1/2015 - selamat melangkah ke tahun 2015 buat semua.  Semoga tahun ini akan membawa lebih banyak cerita suka dan segala duka sepanjang 2014 hanyut dibawa arus masa serta sama sekali tidak akan berulang lagi.  InsyaAllah...

14 ulasan:

  1. Tak pernah pula saya makan beriani dgn lamb shank masala :)
    Boleh la saya cuba nanti...
    Tapi sebagai anak jati Johor, saya punya personal favourite pastikan beriani gam Batu Pahat :)

    BalasPadam
  2. Kakcik tak rasa ke jus mangga dia? Pekat...

    BalasPadam
  3. Dulu semasa saya tinggal di Bandar Baru Bangi, sebulan sekali saya wajib makan nasi beriani ayam masak merah di JM Bariani House, Seksyen 9 :D

    BalasPadam
  4. Beriani kena sesekali memang sedap kakcik.
    Makan berdua aje kakcik.
    Sekarang jarang kakcik tunjuk adik kan:)

    BalasPadam
  5. Beriani sesekali makan memang sedap, kalau selalu jemu juga.

    Selamat datang ke tahun 2015. Semoga kita belajar banyak perkara dari pengalaman 2014...

    BalasPadam
  6. Sekali sekala makan memang membuka selera kak..aromanya pun dah cukup menyelerakan..

    BalasPadam
  7. Terima kaseh kakcik bg lokasi
    Nak cuba juga sekali
    Nampak macam menyelerakan tgk abg mus betul2 mengadap tu...

    BalasPadam
  8. selamat tahun baru kakchik...semoga kakchik diberi kesihatan yang baik..untuk terus menulis..amin

    BalasPadam
  9. Uhuh, lupa pulak kak! Sedap betul mengomen berbakul-bakul ni!

    Selamat Tahun Baru 2015 buat akak sekeluarga. Boleh lagi wishkan ni sebab baru je 8hb. Hahaha... Saya masuk kerja lambatlah, 6hb baru muncul depan pejabat!

    Saya tahu jalan ni tapi tak pernah tahu pasal restoran ni. Senanglah gini. Nanti saya nak hantar usul pada pengarah kewangan kami supaya boleh JJCM kat sini sekali sekala!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com