Makan di sini hanya sesekali dan hanya bila dirasakan 'mampu'. Harga makanan di sini tidaklah begitu mahal. Walaubagaimanapun, layanan baik dari pemilik restoran ini dan keadaan restoran yang teratur lagi bersih, sangat memikat hati. Sudah tentntulah hidangan juga sedap, jika tidak takkanlah ada keinginan untuk datang lagi, kan?
Catatan tentang restoran ini pernah aku rakam di
SINI dan di
SINI JUGA...
|
Kalau dulu Restoran ini hanya ada tujuh meja (setiap meja boleh memuatkan 8 hingga 10 pelanggan), sekarang ia sudah bertambah besar bila En Asif berjaya mendapat ruang kedai sebelah sebagai tambahan kepada restorannya. |
|
Eh...eh... jari siapalah tu? Datang kali ini, kami merupakan pelanggan terakhir sebelum restoran menanamatkan perniagaan untuk malam ini. |
|
Air kosong dan mango lassi. Minuman yang menjadi kesukaan bila datang menjamu selera di sini... |
|
Acar Mentah... |
|
Lupa pulak nama hidangan kacang kuda ini. Yang pastinya 'sedap'!... |
|
Yang ini adalah daging rusa. Sangat sedap dan lembut... |
|
Nasi terakhir yang ada. Cukup untuk 2 - 3 orang makan... |
|
Lamb Shank yang jadi kegemaran anak-anak. Seketul boleh dimakan oleh 2 hingga 3 orang (yang tak kuat makan, lah... |
|
Yang ini memang kesukaan juga - Cheese Naan... |
|
Licinnnnn... Kos keseluruhan untuk kami berlima makan adalah RM131.00. Tak minta resit pula nak tengok ada GST ke tidak! |
RM131 untuk 5 orang makan adalah reasonable. Lagipun semua menu menepati selera dan memuaskan hati. Apa salahnya sekali sekala makan besar.
BalasPadammanggo lassi tu sangat-sangat memikat selera
BalasPadamassalamualaikum
BalasPadamsinggah pagi isnin :)
Mesti ada GSTlah kakcik. Mana boleh tak ada kalau dah restoran besar mesti income melebihi 500K. Kalau yg bawah 500K per annum aje tak daftar GST tak apa. Ini kalau satu meja aje dah dpt lebih RM100/- kena sepuluh meja sehari. Setahun mestilah lebih dah...
BalasPadamboleh bawa en hubby ke sini.. hihi dia suka beriani.. eija makan je tapi biasa2 je...
BalasPadamlezatnya,,,,,saya suka sekali dengan info ini . sangat menarik dan menambah wawsan pengetahuan saya . saya sedang mencari Obat Rematik yang ampuh murah dan aman kira kira apa yah ??
BalasPadamsedapnya Kak Cik, oklah tu harganya.. berbaloi gak kan :)
BalasPadamermm..tekak saya mak kureng sikit dgn arabic nie..hehehe..tak tau kenapa x bleh nak telan.
BalasPadamadui kakcik...sungguh menyelerakan....
BalasPadamwaahhh sedapnye lama tak makan makanan arab ni
BalasPadamkalau sedap, berbaloi la kan...tapi....mango lassi tu....hadoiii menggoda
BalasPadamWaaaa ada lauk daging rusa.. Ini nak kena jerat rusa sekor yang banyak kawasan rumah Mak Long
BalasPadamCheese nan tu yang buat meronta-ronta hati nak mencuba :) Makan berlima dengan harga RM131 tu kira okeylahkan, Kakcik. Yang tak okey bila nampak amaun yang dikenakan untuk GST. Tetiba aje rasa nak marah :)
BalasPadamTengok gambar pun dah nampak sedap
BalasPadamnampak sedap semuanya kakcik, fav arabic food, kacang phool kot kakcik kan yg best tu
BalasPadamBerbaloi tengok harga tu kakcik dengan pelbagai hidangan yg menyelerakan tu.. ada daging rusa lagi ... eemmm dapnya :)
BalasPadamSedapnya. Harga pon berpatutan.
BalasPadambetul.. makan di kedai macam ni skali sekala je boleh.. kering poket kalo dak..
BalasPadamambooooi cheese nan tu dapnye nampak..
wah daging rusa...tkde gst kakchik...tp tktau la lps2 ni sbb time kami mkn aritu ada tgk tokey dk bincang ngan cina ..dgrnye psl nk wat resit..mayb resit gst kot
BalasPadam