Kawan-kawan kakcik

Ahad, 12 April 2015

Old Malaya Kopitiam, Seksyen 7, Shah Alam...

...milik Bumiputera Melayu sepenuhnya dan InsyaAllah makanan yang disajikan adalah halal. Terletak di belakang stesyen minyak Petronas tidak jauh dari Wisma Jakel.

Jom tengok gambar.  Semua yang di bawah ini adalah dipesan dan dimakan oleh ahli keluargaku. Aku cuma memesan semangkuk banana split (RM8.00) dan itu pun dikongsi dengan Iyra Mutalib... Kos keseluruhan kami makan di sini tidak kuketahui kerana pemilik restoran bermurah hati memberi kami makan secara percuma bila kami hendak membayar.  Alhamdulillah... (Oh...aku tidak datang sebagai seorang blogger yang mencari peluang makan percuma dan kemudian membuat promosi, ya. Hanya kebetulan pemilik itu kenalan suami dan kami pun baru singgah buat pertama kali)...




Macam iya-iya je Qaid tu nak buat pesanan...




Roti ini dipesan oleh Iyra Mutalib. Hanya satu
yang dimakan dan selebihnya kami beri kepada
seorang gadis kecil 'pemungut derma' yang hanya
minum segelas air kosong...


Laksa ini 'tersilap hantar' ke meja kami, tapi
sempat aku rakam gambarnya sebelum
dipulangkan semula...



9 ulasan:

  1. banyak kedai makan baru sekarang ya kakcik....old malaya......suka nama tu...:)).

    Jom buka resto nama tunku laman :))

    BalasPadam
  2. meriahnya menu nya kakcik... boleh cuba :) kat seksyen 7 mmg byk restoran.. rajin juga eija ke sana :)

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah semakin ramai umat islam, terutamanya Melayu yg berjaya dalam bidang perniagaan. Marilah kita mendoakan kejayaan mereka.

    BalasPadam
  4. semoga murah rezeki tokey kedai dan murah rezeki kcik sekeluarga membantu gadis tersebut

    BalasPadam
  5. Oh alahai... ni mesti nak cuba ni! Dah kata confirm milik bumiputera dan halal, haruslah semat nama kedai ni dalam otak. Nanti-nanti bila terjalan-jalan kat Shah Alam, bolehlah singgah!

    BalasPadam
  6. rezeki tuan kedai belanja =) CT penah makan yang di bangi gateway.. peram lama da ni x buat2 review pun ehehhee..

    BalasPadam
  7. tertarik dengan ABC tu fav tegar ni kaknoor ..

    BalasPadam
  8. Salam, dtg menjengah bila ada sedikit kelapangan. Walau jrg bertamu, ingatan itu tetap ada dikalbu. Lepas GST dah krng makan2 luar ni kak cik !

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com