Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 13 Februari 2015

Duhai Pengurusan TV3, kita pun akan mati juga...

...Astro Ria pun sama :  dua-dua saluran ini masih 'sibuk' dengan konsert yang terkinja-kinja...

Iya, beliau bukan lagi siapa-siapa.  Mungkin tiada juga sumbangannya kepada stesyen TV anda.  Tapi tidakkah anda terasa malu?  Di saat kesedihan melanda dan ianya mungkin diratapi di seluruh 'dunia Islam', kalian tetap juga leka...

Teruskanlah...teruskanlah...

Ditegur jangan siarkan drama di waktu Maghrib pun anda tak pernah peduli, apatah lagi dengan pulangnya seorang Hamba Allah yang mungkin tiada untungnya pun kepada stesyen anda...

Salam Takziah dari saya buatmu TV3.

24 ulasan:

  1. Saya tak tahu cerita sebab tak tengok TV sampailah pagi tadi terdengar bacaan Alfatihah dan Yasin di HotFM. Barulah tahu Allahyarham Nik Aziz yang meninggal dunia....

    BalasPadam
  2. kesedaran itu lambat tiba... atau diletak ke tepi

    BalasPadam
  3. Saya dah lama menyampah tv3. Baik saya tengok channel masak2 kak....

    BalasPadam
  4. kan??tengok radio pun pasang ngaji dari pagi..ada diselit kan lagu2 juga tapi masih tahu nak hormat..tapi tv media prima ni sampai tak prihatin langsung..

    BalasPadam
  5. Itulah sebabnya kakak malas nak menonton tv kakcik (masa hari sekolah biasanya)
    Mereka tak ada perasaanlah kakcik.
    Lagipun empunyanya bukan org kita..

    BalasPadam
  6. Dah lama tak layan channel TV3.. lebih-lebih lagi bila melibatkan berita dan juga drama2 melayu..

    BalasPadam
  7. mereka lupa kekuasaan Yang maha Esa..smoga takkan terus terleka..Allah Allah..

    BalasPadam
  8. huhuhui..... susah kalu pihak pengurusan tak prihatin, takde sensitifviti

    BalasPadam
  9. tak tau lah sampai bila diaorng nak sedar kan kakchik, tapi mmg dah lama tak tengok tv3,tv1 kecuali ada hot news je, selebihnya tengok tv masak2 je..

    BalasPadam
  10. lama saya tak bukak tv kak.. tak tau berita.. baca fb pagi tadi baru tau..

    BalasPadam
  11. Tahniah TV1 dan TV Kelantan. Tak lupa juga hot.fm dari malam tadi surah alfatihah dan yaasin.

    BalasPadam
  12. saya dah lama tak tgk TV kak, tak sempat....tp ramai jugak kengkawan komplen kata langusng'tak sensitif'.....

    BalasPadam
  13. Dah lama org labelkan TV3 ni, TV 3 suku.

    Tapi kakcik jangan hairan..Melayu mudah lupa..
    Hari ini ramai yang memaki hamun TV3 tak sensitif..

    Tak sampai sebulan nanti, mereka berbondong bondong layan drama melayu layu kat Tv3...berbondong bondong layan rancangan realiti TV kat TV3...AJL berikutnya, pun berbondong bondong yang layan nanti...:)

    BalasPadam
  14. dunia penyiaran yang berkiblatkan hiburan semata-mata..

    BalasPadam
  15. saya buka thr gegar je kak chik
    dr pagi sampai skrg masih ada org mengaji
    seronok je dngr..
    tv3 dh lama x layan..
    berita pon tgk tv1

    BalasPadam
  16. TV3 siarkan bacaan surah Yaasin sebelum masuk waktu zohor dan selang-seli bacaan surah al-Fatihah di antara rancangan TV dan iklan.

    BalasPadam
  17. TV3 tu kan TV3 suku, jadi tak payah kita heran sangat dengan apa mereka buat. Mungkin yang penting bagi mereka duit sebab itu mereka tak rasa menyesal setiap hari rancangan TV3 hanya berkisar tentang hiburan - drama-drama mengarut, rancangan-rancangan realiti yg entah apa2... mungkin mereka seronok tengok bila dari peringkat anak muda hinggga makcik-makcik lalai terleka???

    BalasPadam
  18. Selagi mampu tegurlah mana mana yg salah...kalau bukan hari ni mungkin esok lusa mereka akan perasan...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com