Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 18 Februari 2011

Pengsan...

balik dari pejabat
makan sesuap dua sup yang di beli Along
telan ubat selsema
pengsan dari senja ke dinihari
mujurnya masih 'bercuti'

bangun jam 4.30 pagi
gosok sehelai dua pakaian
sebakul kain baju belum dilipat
buat-buat tidak terlihat

keluar rumah dalam kesuraman
menyusuri  jalan Tuanku Abdul Rahman
masuk ke kedai 24 jam beli panadol
lupa pula nak beli ubat batuk sebotol

kemudian singgah sebentar di Masjid Negara
untuk suami menunaikan tanggungjawabnya

maafkan aku duhai kawan
andai kalian rasa tertekan
mendengar 'srot sret' yang bukan kusengajakan
sedang aku sendiri rasa tak tertahan

petang ini  dengan doktor ada temujanji
ikutkan hati malas nak pergi
tapi sudah dipesan suami
sakit nanti tanggung sendiri....




70 ulasan:

  1. salam akak..

    selamat pagi..moga akak sehat sejahtera hendaknye..

    moga cepat sembuh..take care akak..:)

    BalasPadam
  2. Cik Ceria...

    selamat pagi. Terima kasih untuk doamu, dik. :)

    BalasPadam
  3. semoga segala urusan kakcik ini dipermudahkan oleh -Nya ya..

    BalasPadam
  4. alahai, sian kakcik.

    Moga cepat sembuh ye kak...

    BalasPadam
  5. sahrom...

    InsyaAllah, semoga doa kawan2 maya kakcik dimakbulkanNya. :)

    BalasPadam
  6. ~ yus ~

    terima kasih, dik. Hari ni rasanya lebih baik dari semalam. :)

    BalasPadam
  7. Kak Cik ... makan ubat .... jaga kesihatan.....

    BalasPadam
  8. gud morning..

    banyakkan rehat dan semoga lekas sihat

    BalasPadam
  9. selamat pagi kakcik..
    bila mendengar cerita kak....ayu rasa bersyukur sekali...

    dapat tanya khabar dan bertukar pendapat...tapi..bila kak tak update entry hati ayu pasti bimbang sekali

    kak tabah yer...setiap ujian dan penyakit yang diturunkan olehNYA pasti terdapat hikmah tersendiri...

    semoga pelangi menyinari kakcik dikemudian hari,..insyallah

    BalasPadam
  10. assalam kakcik..

    get well soon ok.. ubat makan..namo skip2.. hehe..take care

    BalasPadam
  11. assalamualaikom!
    teman masak tomyam cedap semlm ngapenye idak nyinggah?
    gi klenet ye jgn wat2 lupe.. makan obat menum ayor bebyk2.. moge disembuhkan Allah cepat.. amiinnn..

    BalasPadam
  12. ke doktor jangan tak pergi
    jangan memandai nak ubat sendiri
    sakit nanti tanggung sendiri
    orang hanya ucap simpati.

    BalasPadam
  13. Chik Att...

    sebenarnya, sejak keluar dari hospital tempohari - mulut kakcik asyik terasa pahit menyebabkann kakcik rasa macam serik nak makan ubat. :(

    BalasPadam
  14. semoga cepat sembuh kak cik... sementara tu, at least terhapus dosa² kecil kan

    BalasPadam
  15. Chik Na...

    terima kasih. Kalau boleh, memang nak rehat je diam2... :)

    BalasPadam
  16. assalamualaikum kakcik

    kalau selsema mmg habis sakit sendi2
    rasa lega kalau badan2 atau kaki tangan tu di urut2 kakcik...

    jaga diri baik2 kakcik... bykkkn rehat juga ya... =) ~

    BalasPadam
  17. Ati...

    terima kasih untuk doa. Mudah2an... :)

    BalasPadam
  18. Ayu...

    terima kasih, dik. InsyaAllah, kakcik akan cuba juga buat catatan sekurang2nya sekali sehari menandakan kakcik masih ada di sini. :)

    BalasPadam
  19. Kaseh...

    kadang2 TERskip gak - tak sengaja tak apa, kan? ;-)

    BalasPadam
  20. AzeedA...

    wa'alaikummussalam. Mike tu ajenye ghope itu... dah tau teman demam dan tak semiak badan tu, cer cuba anto semangkuk dua tomyam tu kot mau cepat kebahnya teman ni... :)

    BalasPadam
  21. Kanda AL...

    makan ubat berpeti-peti
    kalau ditimbang berkati-kati
    walau orang hanya simpati
    terasa juga lega di hati :)

    BalasPadam
  22. KOG...

    ingatan dariNya untuk kakcik yang sentiasa leka... :)

    BalasPadam
  23. kakcik jumpa doktor tau...
    semoga cepat sembuh.

    BalasPadam
  24. Manje...

    wa'alaikummussalam. Memang kakcik rasa nak pergi berurut je. Rasa lenguh dan sengal badan kakcik ni...

    BalasPadam
  25. Zue...

    InsyaAllah, petang nanti kakcik pergi jumpa Dr. Terima kasih ya. :)

    BalasPadam
  26. السلم عليكم ورحمة الله

    Aduhai lamanya kakcik pengsan...
    Jaga kesihatan dan moga cepat sembuh

    BalasPadam
  27. take care kakcik. makan ubat & berehat.

    BalasPadam
  28. Wa'alaikummussalam Ustaz...

    mungkin penangan ubat selsema tu. Terima kasih untuk doa Ustaz. :)

    BalasPadam
  29. AzMask...

    terima kasih. Bila masuk pejabat, susah nak berehat... :)

    BalasPadam
  30. salam kak cik..rasanya kak cik perlu rehat yg lebihlah..kak cik ni aktif sangat ni..moga cepat baik..

    BalasPadam
  31. Salam hari jumaat,semoga kakcik sehat sejahtera hendaknya... semoga cepat sembuh.

    BalasPadam
  32. Zeq...

    lagi hilang stress kalau bila bangun semuanya kelihatan kemas tersusun. :)

    BalasPadam
  33. selamat pagi akak,

    suka baca catatan akak kat sini, simple & santai. semoga akak cepat sembuh

    BalasPadam
  34. Suri...

    mungkin kerana penat badan dan penat juga fikiran.. :)

    BalasPadam
  35. Mimi...

    terima kasih. Hari ini rasa lebih ok berbanding semalam. :)

    BalasPadam
  36. eelobor...

    Selamat pagi. Terima kasih. kakcik ni sebenarnya tak ada ilham nak dicoretkan, ditambah pula dengan kepala tengah 'nenong2'. :)

    BalasPadam
  37. As'salammualaikum kak cik..

    Alahai kesianya , makan ubat ok semoga cepat sembuh dan segala urusan di permudahkan..amin:)

    BalasPadam
  38. kak chik tak payah serabut, nanti lambat sembuh.cool , makan ubat nanti relax, esok boleh sembuh cepat.okey jangan pikir banyak.

    BalasPadam
  39. nak pantun, nak pantun :

    bila sudah jumpa yang pakar
    jangan lupa makanlah ubat
    moga penyakit dapat ditawar
    sebalik sakit ada hikmat

    BalasPadam
  40. Wa'alaikummussalam Amy...

    terima kasih. Petang nanti kakcik pergi jumpa Dr. Tengok banyak mana pulak Dr tu bagi ubat! Huhuhu...

    BalasPadam
  41. Cik Ina...

    ikutkan, malas juga nak serabut2. Tapi, kalau dah air hidung ni asyik nak meleleh je... tak boleh tahan la...

    BalasPadam
  42. Ayushida...

    duduk bersantai makan rambutan
    sambil memerhati orang berjalan
    sakit ini tanda ingatan
    agar kita menghargai kesihatan :)

    BalasPadam
  43. assalam kak cik... jangan dikeluh sakit yang melanda kerana itu kifarah petanda allah masih menyayangi kita....

    semoga kak cik cepat sembuh dan sejahtera disamping suami tercinta...

    BalasPadam
  44. kalau 2010 dulu kakcik tak ambil lagi vaccine H1N1, pastikan tahun ni ambil ya

    BalasPadam
  45. AKT...

    fitrah kehidupan - kita tidak akan sentiasa sihat. Lagipun sakit ini akan mengingatkan kakcik bahawa kematian itu kian mendekat...

    BalasPadam
  46. gB...

    atau agaknya kakcik terkena alahan sesuatu yang kakcik tak pasti...

    BalasPadam
  47. Dr DZ...

    rasanya kakcik belum mengambil vaccine tu. InsyaAllah nanti kakcik ambil. Tahun lepas, anak kakcik si Angah terkena ILI... (Dr kata H1N1 dan tidak mendapat tempat di hospital - terpaksa kakcik kurung dia dalam bilik yang kakcik sahaja boleh keluar masuk)

    BalasPadam
  48. wah kc nie berpantun2 lak ye.. apa pun gi doc takut lain jadinya... hehehe

    BalasPadam
  49. rasa macam dah lebih seminggu kak cik tak sihat...

    jangan ngelat check up dengan doktor tau.....

    BalasPadam
  50. Angah...

    jap lagi kakcik pergi la.. :)

    BalasPadam
  51. Ila...

    badan kakcik ni dah mula mereput! InsyaAllah, kejap lagi kakcik pergi jumpa Dr. :)

    BalasPadam
  52. kak cik macam berseloka pulak hehe
    pepun semoga cepat sihat..

    BalasPadam
  53. bila diuji sekurang2nya kita tau Allah masih sayang kat kita,kan?

    moga cepat sembuh..

    BalasPadam
  54. qemaishak...

    berseloka itu cara kakcik mencurah rasa... :)

    BalasPadam
  55. Pn Dr...

    memang rasa nak MC je ni... :)

    BalasPadam
  56. Hamizah...

    kalau kita redho dan tidak mengeluh, pastinya Allah lebih kasih kepada kita... :)

    BalasPadam
  57. Salam kakcik....

    sampai bila nak harap simpati
    yg nak dilegakan hidung, bukannya hati....
    hek3...

    BalasPadam
  58. Q...

    kakcik baru balik dari sepital. Dr kata, masalah kakcik ni berpunca dari hidung... ayoyo....

    BalasPadam
  59. hachuuumm*opss..sorri..ehehe

    semoga lekas sembuh ya =)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com