Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 13 Februari 2015

Damailah duhai ayahanda...

Allahyarham Tuan Guru Dato' Haji
Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

telah sampai janji Allah kepada ayahanda
bahawa akan dipanggilNya kembali setelah dipinjamkanNya nyawa

kami juga akan menyusul nanti
kerana mati itu adalah pasti
cuma kami selalu leka
kerana cinta kami kepada dunia yang tiada dua

damailah ayahanda
damailah di sisi Maha Pencipta
tiada lagi perlu ayahanda hadapi karenah dunia
tidak lagi perlu ayahanda memikirkan apa-apa

ramai - ramai sekali yang mendoakan ayahanda
tidak kurang yang akan merasakan kehilangan dan terluka
tapi janji Allah telah tiba
mereka yang sedang bergembira dan ketawa
mahu pun mereka yang menangis berhiba-hiba
sampai waktunya akan ke sana juga

tenanglah duhai ayahanda
tenanglah bersama kekasih abadimu yang tercinta

Al-Fatihah



12 ulasan:

  1. Innalillahiwainnaillaihijiun, Al Fatihah... Mudah-mudahan beliau ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramalan soleh. Mak Long pernah berkunjung ke rumahnya di KB dalam tahun 1975.

    BalasPadam
  2. al-fatihah...pemergiannya amat dirasai...

    BalasPadam
  3. Allah menjemput Ulama yang istiqamah pada malam Jumaat. Allahu Robbi...
    Kehilangan yang sangat mendalam....

    BalasPadam
  4. al fatihah moga rohnya dicucuri rahmat....

    BalasPadam
  5. muga TGNA menemui apa yang dicitakan di sana. kita di sini masih perlu meneruskan perjuangan hidup...

    BalasPadam
  6. innalillahi wainnalillahi rojiun hmm :((( al fatihah!!! :(((( !!!

    BalasPadam
  7. rasa kehilangan sangat2.. maseh takleh terima kenyataan mak...

    BalasPadam
  8. Alfatihah. Semoga ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Tokoh Islam yang harus dicontohi hidupnya.

    BalasPadam
  9. Al fatihah.....kagum tengok yg menyolatkan jenazahnya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com