...Astro Ria pun sama : dua-dua saluran ini masih 'sibuk' dengan konsert yang terkinja-kinja...
Iya, beliau bukan lagi siapa-siapa. Mungkin tiada juga sumbangannya kepada stesyen TV anda. Tapi tidakkah anda terasa malu? Di saat kesedihan melanda dan ianya mungkin diratapi di seluruh 'dunia Islam', kalian tetap juga leka...
Teruskanlah...teruskanlah...
Ditegur jangan siarkan drama di waktu Maghrib pun anda tak pernah peduli, apatah lagi dengan pulangnya seorang Hamba Allah yang mungkin tiada untungnya pun kepada stesyen anda...
Salam Takziah dari saya buatmu TV3.
siapa pulak yang empunya syarikat tu ?
BalasPadamSiapa ya?
PadamTV9 pula tayang citer toyol...
BalasPadamSaya tak tahu cerita sebab tak tengok TV sampailah pagi tadi terdengar bacaan Alfatihah dan Yasin di HotFM. Barulah tahu Allahyarham Nik Aziz yang meninggal dunia....
BalasPadamkesedaran itu lambat tiba... atau diletak ke tepi
BalasPadamSaya dah lama menyampah tv3. Baik saya tengok channel masak2 kak....
BalasPadamItulah sebabnya kakak malas nak menonton tv kakcik (masa hari sekolah biasanya)
BalasPadamMereka tak ada perasaanlah kakcik.
Lagipun empunyanya bukan org kita..
Dah lama tak layan channel TV3.. lebih-lebih lagi bila melibatkan berita dan juga drama2 melayu..
BalasPadamlebih suka tv 1 dan tv9
BalasPadammereka lupa kekuasaan Yang maha Esa..smoga takkan terus terleka..Allah Allah..
BalasPadamhuhuhui..... susah kalu pihak pengurusan tak prihatin, takde sensitifviti
BalasPadamtak tau lah sampai bila diaorng nak sedar kan kakchik, tapi mmg dah lama tak tengok tv3,tv1 kecuali ada hot news je, selebihnya tengok tv masak2 je..
BalasPadamlama tak tengok tv...
BalasPadamlama saya tak bukak tv kak.. tak tau berita.. baca fb pagi tadi baru tau..
BalasPadamTahniah TV1 dan TV Kelantan. Tak lupa juga hot.fm dari malam tadi surah alfatihah dan yaasin.
BalasPadamsaya dah lama tak tgk TV kak, tak sempat....tp ramai jugak kengkawan komplen kata langusng'tak sensitif'.....
BalasPadamDah lama org labelkan TV3 ni, TV 3 suku.
BalasPadamTapi kakcik jangan hairan..Melayu mudah lupa..
Hari ini ramai yang memaki hamun TV3 tak sensitif..
Tak sampai sebulan nanti, mereka berbondong bondong layan drama melayu layu kat Tv3...berbondong bondong layan rancangan realiti TV kat TV3...AJL berikutnya, pun berbondong bondong yang layan nanti...:)
dunia penyiaran yang berkiblatkan hiburan semata-mata..
BalasPadamsaya buka thr gegar je kak chik
BalasPadamdr pagi sampai skrg masih ada org mengaji
seronok je dngr..
tv3 dh lama x layan..
berita pon tgk tv1
haih.sedih kan mak? hmm
BalasPadamTV3 siarkan bacaan surah Yaasin sebelum masuk waktu zohor dan selang-seli bacaan surah al-Fatihah di antara rancangan TV dan iklan.
BalasPadamTV3 tu kan TV3 suku, jadi tak payah kita heran sangat dengan apa mereka buat. Mungkin yang penting bagi mereka duit sebab itu mereka tak rasa menyesal setiap hari rancangan TV3 hanya berkisar tentang hiburan - drama-drama mengarut, rancangan-rancangan realiti yg entah apa2... mungkin mereka seronok tengok bila dari peringkat anak muda hinggga makcik-makcik lalai terleka???
BalasPadamSelagi mampu tegurlah mana mana yg salah...kalau bukan hari ni mungkin esok lusa mereka akan perasan...
BalasPadam