Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 15 Oktober 2011

Satu petang di hari Jumaat (satu catatan panjang yang mungkin menjemukan)...

... bersamaan 14 Oktober 2011M @ 16 Zulkaedah 1432H.


Lebihkurang jam 2.45 petang, aku bersama suami dan Along keluar untuk menyelesaikan beberapa perkara.  Mula-mula kami ke Kedai Tenaga (aku tak pasti betul atau tidak begitu gelarannya) milik Tenaga Nasional Berhad di Taman Pertama, Cheras.  Hanya suami seorang yang masuk ke situ untuk menguruskan bil orang kaya kami.  Tak lama kemudian suami masuk ke kereta sambil merungut-rungut. Rupa-rupanya, petugas di kaunter pertanyaan di situ sangat tidak mesra alam.  Untuk bertanya (walaupun tiada orang lain sedang berurusan di situ), pelanggan DIWAJIBKAN ambil angka giliran, maka barulah boleh bertanya.  Sebenarnya pertanyaan yang ingin dikemukakan itu hanya memerlukan jawapan 'boleh' atau 'tidak' sahaja.  Kalau beliau menjawab dengan berbudi bahasa budaya kita, pasti sahaja ianya boleh diterima (faham-faham sendirilah, ya).  Hmmm... tak mengapalah, mungkin beliau itu sedang datang bulan!

Selesai urusan di situ, kami tiga beranak ke kedai tayar pula.  Sudah lebih dua minggu (selepas di servis di pusat servis kereta jenama berkenaan), bahagian belakang kereta Along mengeluarkan bunyi seolah-olah tayar akan tercabut pada bila-bila masa (lama betul tempoh yang kami mbil untuk mengenalpasti masalah, kan?).  Setelah diperiksa, tiada yang mencurigakan.  Lelaki Cina yang baik hati (dia sudah jadi seperti kawan kepada suamiku) menasihatkan kami supaya pergi ke pusat servis yang berkaitan.  Kami pergi pula ke pusat servis di Taman Bukit Teratai, Cheras.  Alhamdulillah, akhirnya masalah selesai.  Apa yang berlaku ialah ada skru yang tidak kemas dikenakan semula.

Dari sana, kami menyusur jalan pula mencari gerai menjual pisang goreng.  Sewaktu membeli (sekarang kami berada di Taman Lembah Maju, Pandan Indah), dua orang pemuda menegur Along.  Mereka bertanyakan arah ke  Bulatan Kg. Pandan.  Setelah memberi panduan, kami masuk ke kereta.  Aku melihat pemuda-pemuda tersebut seolah-olah masih kebingungan mencari arah.  Lalu kukatakan pada Along 'kalau ingin berbuat kebajikan, marilah kita hantar mereka'.  Suami dan Along bersetuju.  Kami meminta pemuda-pemuda itu mengekori kereta kami dari belakang.

Sewaktu berhenti di lampu isyarat, suamiku turun dari kereta Along dan naik ke kereta pemuda-pemuda berkenaan.  Sehingga hampir ke Bulatan Kg. Pandan, aku menelefon suami bertanyakan sebenarnya anak-anak muda itu hendak ke mana.  Rupa-rupanya mereka ingin pergi ke Restoran Al-Rawsha!  Mereka adalah penuntut perubatan tahun tiga yang sedang membuat latihan amali di HUKM.  Sedari pagi mereka mencari jalan ke Al-Rawsha hingga telah pun sampai ke KLCC dan entah macam mana tersesat sampai ke Pandan Indah.

Selepas menghantar mereka, kami bercadang untuk terus balik memandangkan telahpun masuk waktu 'Asar.  Tiba-tiba, suami menyatakan keinginan untuk makan mee rebus di Satay Station.  Maka kami pun meneruskan perjalanan ke Satay Station, Kg. Pandan.




Sewaktu sedang menikmati hidangan, seorang pekerja datang membawa semangkuk sup yang tidak kami pesan.  Katanya 'En Zul (pemilik Satay Station), minta berikan pada Imam'.  Kemudian En Zul datang ke meja kami untuk berbual dan memberi penerangan mengenai sup tersebut (hidangan terbaru di Satay Station).  Leka berbual, aku terlupa untuk merakam gambar sup mahupun wajah En. Zul.  Rasa sup itu sama macam rasa sup ekor yang biasa dihidangkan di restoran-restoran makanan Siam.  Sedap.

Akhirnya, kami sampai di rumah semula lebihkurang jam 5.30 petang.  Dinihari tadi, suami meminta dihantar semula ke Pusat Pakar Perubatan Al-Islam, Kg. Baru kerana sudah dua malam sejak keluar dari hospital beliau tidak boleh tidur dan menanggung sakit akibat pembedahan bahunya.  Hmmm... itulah, baru sahaja dibedah, sudah tak tahu nak duduk diam.  Akibatnya sendiri yang tanggung! Malam tadi bermalamlah semula di hospital.  Mungkin sekejap lagi aku dan Along akan menjemputnya untuk balik ke rumah kerana malam ini ada hal penting yang perlu diuruskan (akan kuceritakan nanti walaupun tiada yang membaca kerana blog ini adalah seperti buku harianku juga).


47 ulasan:

  1. SALAM,
    BACA HABIS DAN TAK MENJEMUKAN

    BalasPadam
  2. SALAM SEKALI LAGI,
    KAK, PERJUMPAAN MINGGU DEPAN TU, ELOK JUGAK DIWAR-WARKAN SEMULA.

    BalasPadam
  3. W/salam Dato'...

    saya akan buat satu catatan baru untuk pertemuan itu. InsyaAllah. :)

    BalasPadam
  4. bab menghantar pemuda2 tu patut selalu kita buat..saya pernah juga hantar wanita cina yang mencari hotel di ipoh

    BalasPadam
  5. seronok baca,tak jemu pun,dan faham isikandung nya....
    ini kadang2 ada bloger baca indah tak indah jer,pastu main komen,kadang2 komen tak ikut jalan cerita...

    BalasPadam
  6. Suka catatan yg kakcik rasa panjang sebab kakcik tak biasa tulis panjang. Untung ada Along(imam) dapatlah rasa sup resepi baru. Hadiah dari Allah bagi cash kerana membantu dgn ikhlas....

    BalasPadam
  7. bunyi macam nak patah roda kereta seperti itu pernah IM tempuh pada Kancil IM. Pembaikianya juga sama - ketatkan skru.

    Macam tak yakin pula nak bawa kereta tapi sebenarnya sampai sekarang, ok..

    BalasPadam
  8. sibuknye akak sehari suntuk..
    sya lak terasa kepenatan.. hihi

    psl pekerja tnb tu, rasanya kena amik nombor juga utk dia rekod dan tandakan berapa ramai dia attend dlm sehari supaya nmpk custoemr dia ramai, wlupun sekadar utk ckp Ya @ Tak... berkira betul dia!

    tpi sya penah kena macam pemuda sesat tu masa ke kl...nak ke puchong tpi lari smpai ke mid valley...huhuhu, untung mereka jumpa akak sefamily...

    dan sya sgt2 teringin ke satay stesen tu, selalu kwn fb di kl tunjuk2...mesti sedap kan!

    BalasPadam
  9. tak panjang dan tak menjemukanlah kakcik, cuma kekadang saya tak terkomen sebab tak terkejar masa sendiri

    BalasPadam
  10. dah 2 kali tengok gambar mee rebus camni..rasa teringin nak mkn

    BalasPadam
  11. salam hujung minggu kakcik..
    selalu singgah sini layan puisi atau entry kakcik yang pendek..

    sesekali mmg tak kisah dan tak jemu baca ttg coretan kamu sklrg..
    bagusnya along dan en suami jua kak cik sama2 hantar pemuda2 itu ke tempat y mereka nak tuju..

    kak, rindu dgn muka adik.. dgn dialog y pendek2.. hehehe

    BalasPadam
  12. saya baca 1-1 ayat kak. panjang kisah..masa akak tumpangkan lelaki2 itu saya dah risau akak sefamily kena apa2 ke..rupanya takde..
    kadang2 kesian jugak dengan orang yang jalan kaki terpinga2 ni tapi takut nak tumpangkan...
    semoga suami akak tu sembuh. banyak2 bersabar.

    BalasPadam
  13. Salam,

    gambar satay tuh akak tak tahan, kena cari dan makan secepat mungkin..

    BalasPadam
  14. Salam Kak Cik..

    Jarang ada orang kaunter yang mesra alam... kadang2 musykil juga, bukan susah sangat pun nak senyum pada pelanggan..hmmm

    BalasPadam
  15. salam kakcik... tk jemu pun membaca.. seronok dpt ibu mcm kakcik yg rajin mengarang. hehe.

    pesan mr bob yg bergerak byk..perlu byk rehat.

    BalasPadam
  16. betul tu kak chik, janji bila kita nak ingatkan sesuatu, tapi tak ingat, kita boleh selak kat blog.kah kah

    apa cerita imam tu kenal anak kak chik, orang yang bagi sup tu kenal ke ngan anak kak chik? sorilah cik ina terrbizi body .keh keh

    BalasPadam
  17. dah lama tak pekena mi rebus..nampak mi rebus dlm blog kakcik, selera lak..

    BalasPadam
  18. pelajar perubatan tahun 3 di hukm? junior sayalah tu.. kihkih~ budak2 ni patut kena install garmin/papago kat henpon canggih memasing ;)

    kakcik.. rasa mcm nak join gath tu, tapi mcm segan pun ada.. camno ni? hehehe

    BalasPadam
  19. Sehari hari yang berbeza rutinnya. Tentulah tidak jemu menulis di sini Kak Cik.

    Saya pun tingin nak rasa sup tu. Malam tu tidak pula dihidangkan pada kami rasa....

    BalasPadam
  20. Salam Kakcik,

    Jurnal perjalanan petang jumaat. Yang penting ada makan-makan!

    BalasPadam
  21. skrg ni x berani sgt nak tolong org mcm suami kakcik buat tu..naik kereta nga budak2 tu...nsb baik xde apa yg x elok berlaku
    kdg2 byk kes penipuan...

    BalasPadam
  22. IS...

    buat baik, InsyaAllah baiklah balasannya, kan? :)

    BalasPadam
  23. kaklong...

    kakcik bimbang kalau panjang sangat catatan, jangankan yang membaca, yang mengarang pun tak faham pucuk pangkal cerita!

    BalasPadam
  24. Kakzakie...

    sebenarnya kakcik suka cara 'direct to the point', tapi bukan kakcik sentiasa ada ilham untuk buat catatan yang ringkas dan padat. Dan yang paling penting, kefahaman orang yang membaca. :)

    BalasPadam
  25. W/salam Jamiel...

    terima kasih. :)

    BalasPadam
  26. IM...

    syukur Alhamdulillah, semuanya ok saja. :)

    BalasPadam
  27. Wanita Mutalib...

    terima kasih Dik. :)

    BalasPadam
  28. mamaNoriz...

    bila bercuti di hari kerja, itulah kesempatan untuk menguruskan apa2 yang tidak boleh diuruskan di hujung minggu. :)

    BalasPadam
  29. ibuintan...

    kakcik pun sekarang selalu tak sempat nak balas komen. :(

    BalasPadam
  30. Su...

    datanglah ke sini, kakcik belanja. :)

    BalasPadam
  31. Ayu...

    InsyaAllah, nanti kakcik keluarkan balik gambar budak sepet yang semakin sepet tu. :)

    BalasPadam
  32. Eri...

    budak2 yang kami tolong itu kelihatan seperti orang yang baik2 dan Allah pun bukakan pintu hati kami untuk membantu. :)

    BalasPadam
  33. W/salam Kak Nani...

    Kg Pandan tu dekat je. Ajaklah suami, Noy dan Peej makan kat sana nanti. :)

    BalasPadam
  34. W/salam Nida...

    mulanya kakcik ingat nak buat satu catatan khas pasal pekerja kaunter tu. Tapi, berilah dia peluang dulu. :)

    BalasPadam
  35. Cyana...

    mengarang adalah terapi buat kakcik. :)

    Abg Bob tu memang jenis tak reti duduk diam. Dalam macam tu pun, masih nak memandu kereta.

    BalasPadam
  36. Cik Ina...

    Imam yang dimaksudkan itu adalah anak kakcik sendiri si Along. Pemilik Satay Staion tu memang sangat kenal dengan anak kakcik. :)

    BalasPadam
  37. sal...

    kalau boleh buat sendiri, mesti lagi puas makan, kan? :)

    BalasPadam
  38. Dr Hanie...

    buangkan saja rasa segan tu. Kawan baik Dr, Dr Faiz tu kan ada sama. :)

    BalasPadam
  39. Azie...

    sup tu agak berminyak, mungkin tidak sesuai untuk tekak yang sedang meragam. :)

    BalasPadam
  40. W/salam Yong Halima...

    yup! makan mesti ada. :)

    BalasPadam
  41. exora...

    memang sekarang orang ramai sangat berhati2 ungtuk menghulurkan bantuan - bimbang terjadi bagai melepaskan anjing tersepit.

    BalasPadam
  42. b.r.u.t.a.l.s.o.l.o...

    memang sedap. :)

    BalasPadam
  43. sungguh berkira kerani kaunter itu...

    BalasPadam
  44. akuzle...

    kalau tak, tak merasa nak tunjuk 'kuasa'.. ;-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com