Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 14 Oktober 2011

Bukan...bukan...bukan...


bukan aku tak ingin berbicara
namun apalah ertinya
bila kau sengaja memekakkan telinga
bukan aku tak ingin melakar warna
tapi apakah ia memberi makna
bila kau sengaja memejamkan mata

bukan aku tak ingin mengharumkan maya
adakah ia akan menyegarkan rasa
bila kau sengaja mematikan deria

bukan aku sengaja mencari alasan
untuk mencairkan diri dari kebekuan
bila kau sengaja buat-buat tak perasan
bukan ... bukan ... bukan ...
aku ini bukannya batu
yang boleh kau ukir semahu hatimu!!!



Dari menyesakkan dada dengan soalan yang tiada jawapan,
baik makan karipap yang selebar tapak tangan Along ini.
Ingat tak CATATAN INI?



22 ulasan:

  1. wah mcm sedap jer kak chik.. kat mane ni?

    BalasPadam
  2. Hajar...

    karipap itu boleh dibeli di Kg Baru. Klik link CATATAN INI tu. :)

    BalasPadam
  3. ingat lagi entri pasal karipap yang berharga mahal ter.

    BalasPadam
  4. sedapnya...inti apa tu kak chik?kalo yg kat kedai area umah ni inti sayur2an

    BalasPadam
  5. kat tempat saye pun ade jugak kakcik...kalau makan satu tu jer dah kenyang...besar betull...

    BalasPadam
  6. kakcik...nak inform ni, wani mcm tak dpt nak bawak mihun nanti...huhu

    coz husband kata audition tu dah tukar ke hari ahad...so wani nak bertapa kt sana dulu lah pg tu, tak dan nak masak2...tak tahu la tu abes kol berapa

    so nanti wani bawak makanan untuk bebudak la ye...boleh kan kakcik

    *nanti wani check semula kt hotfm.

    BalasPadam
  7. mak aii...bsrnya karipap tu kakcik
    agak2 kena share ke makan..heheheh

    BalasPadam
  8. Karipap??? Feveret ella tu kak. Tp kalau terlalu mahal reganya .. Hmmm .. mau pk seploh duaploh kali sebelum membelinya kak.

    BalasPadam
  9. besar banget karipap tu kak...

    kalo minum petang ni...
    konpem kenyang sampai ke subuh!
    ekekekeke

    BalasPadam
  10. inti apa karipap tu kak chik.nampak mcm sedap je

    BalasPadam
  11. Lama dah saya tak buat karipap...

    BalasPadam
  12. i loveee karipap! *terus check list kat masa gathering. ada yg bawak karipap tak? hihihi~

    BalasPadam
  13. kakcik... terasa terus lapar tgk karipap tu.. hehe.

    BalasPadam
  14. lebih baik layan karipap je kakcik.. kenyang perut

    BalasPadam
  15. besaqnya karipap..
    kat sini ada jugak orang jual karipap besaq..
    sebijik tu seringgit..
    kenyang la ..

    BalasPadam
  16. kakakku kakcik..
    selalu jugak berdiam menjadi senjata yg paling ampuh..

    BalasPadam
  17. Buat tak reti smbil menikmati karipap besar nyum2

    BalasPadam
  18. Kekadang memang susah kita nak bagi orang lain faham perasaan kita. sama juga kekadang kita susah nak memahami perasaan orang lain.

    paling baiknya kita saling faham memahami. saling terima dan diterima.

    kekadang masa yang akan memberikan jawapannya!

    BalasPadam
  19. kalau breakpest cukup satu .kat sini tak de.

    BalasPadam
  20. sedapnya karipap ni kat kg baru belah mana ek kak???

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com