Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 24 September 2011

Terima kasih kerajaan yang kusayangi...

Kalau tidak, aku tak merasa untuk berlagak bagai orang kaya!




Menurut kata pemeriksa meter elektrik yang ditanya oleh suamiku, tarif elektrik dinaikkan 'untuk mengajar rakyat supaya berjimat menggunakan elektrik'.  Nak marah pun tak guna, kan?  Dia mungkin 'mendengar-dengar' apa yang orang atasannya cakap!

Bil astro yang naik secara senyap-senyap 'walaupun kerajaan tidak bersetuju' itu atas alasan apa pula, ya?  Oh! mungkin untuk mengajar rakyat supaya jangan leka dengan 'propaganda stesyen televisyen berbayar' kot.

Terima kasih kerajaan yang kusayangi kerana 'mendahulukan rakyat'.


34 ulasan:

  1. semua naik..
    bil air dan bil elektrik ayu dirumah boleh bayar sebiji storm..
    alahai............

    BalasPadam
  2. Sindiran dalam diam kan kak cik..huhu..dahsyat betoi bil letrik saja dekat RM 1K..huhu..

    BalasPadam
  3. mcm harga saya caj kat tenant jek....tenant ada bisnes lainla boleh bayar anytime.

    BalasPadam
  4. amboi..kakcik wat apa pki eskalator ke kat rumah..hehe..cam OKB kat LBJ suatu ms dl..

    BalasPadam
  5. saya bulan ni tak payah bayar sebab bawah 20 hinggit

    BalasPadam
  6. yelah kak...terkejut tgk bil elektrik skrg...tanya kengkwn rata2 ckp mende yg sama

    BalasPadam
  7. Salam Kakcik,

    Aduhai, sama jer bil kakcik dgn saya, jenuh saya berjimat, padam sana, padam sini tapi masih sama ajer setiap bulan. Rasa nak pengsan membayarnya..tambah2lah kami berdua dah pencen.
    sayangkan duit tuh..huhuhu

    BalasPadam
  8. errr..risau pulak saya memikirkan bill letrik rumah bulan ni sebab dah bawak balik komputer utk buat keje kat rumah....

    BalasPadam
  9. ya Allah bepinor mate teman menengoknye! kuiri kakcik.. jgn tak kuiri!

    BalasPadam
  10. wow! banyaknyer kakcik, kalo umah saya mahal mcm ni, konpem mak berleter seminggu,heheh

    BalasPadam
  11. kak chik apa nak buatkan bila kerajaan ingat kita kaya raya. cik ina pun sekarang ni pengsan ngan bil letrik ngan bill yang lain-lain. cukup bulan banyak beno bill yang nak bayo.

    BalasPadam
  12. Sama jer. Rata rata kita memang terima bil letrik tinggi skang nih. Hampir semua rumah ada guna internet/PC. Konpom letrik kuat.

    adehhhh!

    BalasPadam
  13. Kak Nani...

    sebelum ini, bil letrik kat rumah saya tak pernah cecah sampai RM300 pun. Selalunya dalam lingkungan RM150 sahaja. Baru bulan ini saya tekena 'kejutan budaya'. Saya mendengar keluhan adik dan rakan sepejabat tentang bil yang dah naik, tapi masa itu saya tak pasti sehingga saya sendiri menerimanya pada kali ini. :(

    BalasPadam
  14. sama lah dgn kaklong kakcik..yg heran..balance bln lepas rm39..tapi kat bil bln ni rm89..mana dtg nya tu...?

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum Kakcik,

    Isu ni org dah bangkitkan kat paper kakcik, kononnya sbb diorang dh upgrade meter reading ke apa dan diorang akan investigate. So jgn bayor dulu, gi terjah pejabat diorang.

    BalasPadam
  16. Allahuakbar kak, byknya bil letrik, better cek before byr kak... Melampau2 byknya, abis gaji kt dia pulak

    BalasPadam
  17. Yang saya heran..bila nak naikkan tariif..disebab TNB terpaksa menanggong kos operasi meningkat..tapi bila mengumumkan untung hujung tahun..meningkat tak pernah turun..mana yang betul ni..ada sapa kerja bhg audit TNB..?

    BalasPadam
  18. kakcik, mmg tarif letrik baru naik ke???

    lhooooo...patutlahhh bil letrik bulan ni sekali ganda dari bulan lepas :(

    puas kami fikir, penggunaan brg letrik mana yg digandakan...tp sampai sudah tak dpt kenal pasti.

    hari ni bari tau...huhu....nak jimat celah mana lagi ntahhh

    biasa bulan2 RM 25 je, bulan ni kena RM 50...terduduk jap.

    BalasPadam
  19. mak ai kakcik?? biar benar? Saya belum dapat bil letrik bulan ni. Biasa paling tinggi pun RM90. Kalau sampai mcm kakcik, berganda2 bezanya....huhu

    BalasPadam
  20. Kak cik punya bil sama dengan rumah kawan saya .. 600 lebih .. puas dia pergi ke ibupejabat TNB mengamuk2 ..dia bukanya dok banglo 14 tingkat ...bukanya pakai peti ais 8 pintu.. tak jugak pakai lif dalam rumah .. kerajaan mmg teruk sekarang maklum lah nak cari duit untuk belanjawan .. kan gaji org gomen nak naik or bonus nk bg banyak ... yg susah sapa .. kami la org swasta .. gila kak .. tak pernah2 bil rumah saya rm 366 .. tetiba banyak tu ...

    Kenapa ??? kerajaan nak saya pakai lilin ke ... lilin pun mahai dh sekarang .. nak suruh kita berjimat tapi .. dalam kita berjimat duit kita habis jugak ... eeiiii ... bengang betul la..

    BalasPadam
  21. oo mak aiii, bnyok nye!!!

    bil sya selalu tak samapi 50 pun, last month kena 60 sya dah ngamuk abis.. apalagi klu cecah ratus

    eeee,...grrrr

    BalasPadam
  22. Salam Kakcik,

    Kak Ani pun parah bulan ni. Bil Elektrik RM622.00 selalunya sekitar rm400 atau rm500 lebih saja.

    Ni pun tak puas berjimat. Budak2 langsung tak kisah. yerlah mereka tak rasa membayar. Kitalah yang duk menjaga. Tutup suis sana, tutup suis sini. Tapi tak terjaga jugak.

    BalasPadam
  23. Bila jadi hal hal sebegini kakcik..memang hati saya tawar nak duduk malaysia..serius...mungkin saya perlu timbangkan cadangan saya utk migrate ke Australia jugak nampaknya..

    BalasPadam
  24. bersyukur pada tuhan...berterima kasihlah kepada kerajaan..kerana mengutamakan rakyat..huhu

    BalasPadam
  25. ehh.. banyaknya naik.. takkan sampai 2-3x ganda kot?

    huhu~ gaji naik pun takde makna la kalau asyik dok mcm ni jer

    BalasPadam
  26. nasib baik hujan tu tak ditadbirkan oleh kerajaan manusia, kan kakcik...
    tak kalu, dia pun ikut dinaikkan.. tak turun2 lagi... tambah parah kita...yang dah kering bertambah kontang...

    BalasPadam
  27. inilah bahananya jika sumea hak rakyat diswastakan.. rakyat dijadikan kilang untuk mengaut keuntungan.. saya sendiri terpaksa membayar purata rm400 setiap bulan.. boleh beli sebijik kete perodua tu !

    BalasPadam
  28. memula tak perasan bil astro dah naik.. sebab tak pernah check.. tau bayar je jumlahnya macam biasa.. sekali tengok balik.. rasa nak marah pun ada.. :(

    bil elektrik.. eemm.. tak pernah kena lagi macam tu.. rasanya kalau kena macam tu mau bergegar TNB agaknya saya buat..

    apalagi yang dorang nak naikkan harga agaknya..

    BalasPadam
  29. ish..ish..byknya kakcik..

    berapa bulannya bil tu?

    BalasPadam
  30. PB...

    ditulis kat situ bil untuk dua bulan, padahal bulan lepas kakcik dah bayar bil sebanyak RM146.35, jadinya bil semasa adalah sebanyak RM517.17!

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com