Kawan-kawan kakcik

Rabu, 20 Mei 2020

Kasihanilah mereka...




Kalau kita rasa panas,
Mereka lagi panas

Kalau kita rasa rimas,
Mereka hampir lemas

Kalau kita kecewa tak dapat balik berhari raya,
Mereka 'dekat' namun terpisah dari keluarga

Kalau kita letih kerana berpuasa,
Mereka sudah berbulan hilang rasa selesa

Kalau kita tetap berdegil dan TAK RETI BAHASA,
Mereka akan terus lesu dan tersiksa

Kasihanilah mereka
Jangan kita pentingkan diri sahaja
Mereka juga ada keluarga
Mereka juga ingin berhariraya

Tapi kerana kita dengan ego kita
Semua akan terkurung entah sampai bila...

#frontliners
#KitaJagaKita
#StayAtHome
#covid19

Selasa, 19 Mei 2020

Bila kita bukan lagi sesiapa...


Bila kita bukan lagi sesiapa
Orang tak pandang walau sebelah mata

Sebelum ini semuanya manis
Kini hanya dipandang sinis

Salam diberi tidak dijawab
Dikerling bagai sikucing kurap


Bertanya berkali-kali
Dijawab sekali


Susahnya hendak memiliki
Walau ia kepunyaan sendiri


Ditanya dengan debar
Dijawab suruh sabar


Begitu rupanya kitaran dunia
Esok lusa mungkin kita pula terkena


Biarpun kebaikan dicanang-canang
Tetap pangkat juga yang dipandang


Memang sudah jadi sebutan orang
Habis manis sepah dibuang...


#janganterlebihbanggabilaadajawatan #satuharinantimungkinkitajugaperlubantuan

Kakcik Juariah Mansor
25 Ramadan 1441
8.31 pagi

Rabu, 13 Mei 2020

Ayam goreng berempah cara Kakcik...


Kisar 4 biji bawang besar dengan 5 batang serai, 2 biji telur dan sedikit air. Tuangkan ke dalam mangkuk yang berisi potongan ayam (anggaran seekor ayam).  Masukkan 2 sudu serbuk kari daging, sesudu serbuk kunyit dan 6 sudu serbuk tepung bestari pedas serta sesudu garam. Boleh masukkan daun kari anggaran segenggam.

Gaul rata dan perap sekurang-kurangnya sejam sebelum digoreng dalam minyak panas.