Kawan-kawan kakcik

Rabu, 20 Mei 2020

Kasihanilah mereka...




Kalau kita rasa panas,
Mereka lagi panas

Kalau kita rasa rimas,
Mereka hampir lemas

Kalau kita kecewa tak dapat balik berhari raya,
Mereka 'dekat' namun terpisah dari keluarga

Kalau kita letih kerana berpuasa,
Mereka sudah berbulan hilang rasa selesa

Kalau kita tetap berdegil dan TAK RETI BAHASA,
Mereka akan terus lesu dan tersiksa

Kasihanilah mereka
Jangan kita pentingkan diri sahaja
Mereka juga ada keluarga
Mereka juga ingin berhariraya

Tapi kerana kita dengan ego kita
Semua akan terkurung entah sampai bila...

#frontliners
#KitaJagaKita
#StayAtHome
#covid19

8 ulasan:

  1. Semoga pendemik ini cepat berlalunya.
    Terima kasih buat front liners

    BalasPadam
  2. kecewa dengna rakyat malaysia, bila kerjaaan bagi sikit kelonggaran bukan main ramai berduyun-duyun keluar shopping kat mall bawak family anak kecil.... berapa ramai yang cuba nak balik kampung beraya kat kampung, kesian la kat abam polis dan askar yang kene menunggu di jalanan panas hujan demi nak jaga nak kawal rakyat malaysia yang degil

    BalasPadam
  3. Sedih bila ingat rakyat sibuk ke sana ke sini, sedangkan frontliner dah nak rebah hadap benda ni. Kesian sangat. Kita ni dah bersenang kat rumah, dorang sibuk berjuang nak elakkan kita terkena virus

    BalasPadam
  4. Moga sentiasa dlm lindungan Allah, Aamiin

    BalasPadam
  5. Kita jangan berhenti berdoa.Berdoa untuk kita dan mendoakan untuk orang lain juga.aamiin.

    BalasPadam
  6. SELAMAT HARI RAYA!!! bestla entry ini.. done follow u, follow me back :) http://acuyuhan.blogspot.com/

    BalasPadam
  7. salam kakcik, selamat hari raya...tahun ni kita tak kemekah ke

    BalasPadam
  8. Ya... kasihanilah mereka. kerana kita juga perlukan mereka.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com