Kawan-kawan kakcik

Selasa, 19 Mei 2020

Bila kita bukan lagi sesiapa...


Bila kita bukan lagi sesiapa
Orang tak pandang walau sebelah mata

Sebelum ini semuanya manis
Kini hanya dipandang sinis

Salam diberi tidak dijawab
Dikerling bagai sikucing kurap


Bertanya berkali-kali
Dijawab sekali


Susahnya hendak memiliki
Walau ia kepunyaan sendiri


Ditanya dengan debar
Dijawab suruh sabar


Begitu rupanya kitaran dunia
Esok lusa mungkin kita pula terkena


Biarpun kebaikan dicanang-canang
Tetap pangkat juga yang dipandang


Memang sudah jadi sebutan orang
Habis manis sepah dibuang...


#janganterlebihbanggabilaadajawatan #satuharinantimungkinkitajugaperlubantuan

Kakcik Juariah Mansor
25 Ramadan 1441
8.31 pagi

5 ulasan:

  1. resmi hidup. bukan selalunya di atas...

    BalasPadam
  2. memang gitulah kakcik lumrah, jarang sangat orang yang tak memandang jawatan, darjat semua

    BalasPadam
  3. Bagi PC sebenarnya kita ni sentiasa perlukan bantuan kan Kak..cuma kita sedar atau tidak sahaja.

    BalasPadam
  4. Lumrah kehidupan di dunia ini KC
    Mudah2an kita dapat laluinya dengan tenang dan redha
    walaupun kadang2 hanya dapat hempedunya sahaja.

    BalasPadam
  5. jagalah diri sendiri lebih dari kita menjaga org lain kerana kesudahannya nanti kita jaga kita.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com