Kawan-kawan kakcik

Khamis, 3 Mei 2012

Olympus kecilku...


Gambar ini kakcik ambil dari http://www.letsgodigital.org/en/27921/olympus-vg130/
Kakcik punya sama seperti ini, cuma warnanya biru.



... sila beri tepukan kepada kamera kecil jenama Olympus kakcik yang telah berjaya merakamkan gambar-gambar ini.  Ada DSLR pun kalau tak pandai guna, tak bererti juga kan?  (ayat pujuk diri sendiri yang masih belum mampu hendak memiliki kamera canggih itu!)


Tak nampak pula lebah yang sama warna dengan batang pokok itu.

Berjaya juga merakam gambar helikopter yang sedang berlegar-legar memantau 'keadaan' di bawah (apakah keadaannya, kakcik pun tak tahu).



Juga gambar kapalterbang yang sedang meluncur laju di udara...


Keupayaannya tetap terbatas - maka terhasillah gambar yang kabur ini.


Jom main teka-teka nak? ...

Air apakah yang terdapat dalam botol ini?

Berapakah anggaran berat seekor ikan buntal ini?
(kakcik melihat ikan ini ditimbang, tapi terlepas untuk merakamkan
gambar sewaktu ianya atas timbangan)
Kakcik nak bagi kelip kuku yang  boleh dibuat penyangkut kunci ini
kepada mereka yang boleh memberikan jawapan yang tepat.  Cuma
ada 9 buah (betulkah penjodoh bilangan ini?) untuk kakcik agihkan.
Jadi siapa yang dapat menjawab dengan cepat dan tepat akan
dipilih sebagai penerimanya.


Permainan teka-teka ini akan berakhir pada 03/05/2012 jam 7.30 pagi.



Rabu, 2 Mei 2012

Jom jalan-jalan di pasar ikan, Kota Kinabalu...

Kepala ini untuk dihantar ke Restoran Kari Kepala ikan ke?

Kakcik tak pernah makan udang ini.  Sedap ke?

Kesian... 'katil'nya tak cukup besar!

Kenyang sebulan kalau sekali hadap ni!

Elok je tersusun.  Alaaa... janganlah jeling, kakcik tumpang ambil gambar je. :)

Harga udang ini jauh lebih murah dari yang dijual di Pasar Chow Kit.

Kakcik tak beli udang ni. Bagimanapun, bila sudah namanya rezeki,
kakcik dapat udang yang lebihkurang sama secara percuma
dari kemurahan hati Yan.


Habis sirip yu ini kena 'cantas'.

Tidak banyak kerangan di pasar ini.



Ada hati nak bawa ikan itu naik kapalterbang ke bang?