Kawan-kawan kakcik

Khamis, 3 Mei 2012

Olympus kecilku...


Gambar ini kakcik ambil dari http://www.letsgodigital.org/en/27921/olympus-vg130/
Kakcik punya sama seperti ini, cuma warnanya biru.



... sila beri tepukan kepada kamera kecil jenama Olympus kakcik yang telah berjaya merakamkan gambar-gambar ini.  Ada DSLR pun kalau tak pandai guna, tak bererti juga kan?  (ayat pujuk diri sendiri yang masih belum mampu hendak memiliki kamera canggih itu!)


Tak nampak pula lebah yang sama warna dengan batang pokok itu.

Berjaya juga merakam gambar helikopter yang sedang berlegar-legar memantau 'keadaan' di bawah (apakah keadaannya, kakcik pun tak tahu).



Juga gambar kapalterbang yang sedang meluncur laju di udara...


Keupayaannya tetap terbatas - maka terhasillah gambar yang kabur ini.


29 ulasan:

  1. mungkin bila terhapus kamera digital baru saya akan guna DSLR. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik memang ada keinginan hendak memilik DSLR, tapi banyak benda lain yang perlu kakcik utamakan. :)

      Padam
  2. hehehe emmphhh tak menghampakan kakcik, pink pulak tu, saya suke sgt pink ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang tidak menghampakan kerana hanya itu yang kakcik ada. :)

      Padam
  3. olympus kaklong dah mam*us...huhuhu!

    skrg guna samsung @ h/p cikai kaklong...heheheh!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kadang2 kakcik guna juga kamera hp, tapi jadi masalah bila kakcik hendak memasukkannya ke komputer (kakcik malas sebenarnya!) :)

      Padam
  4. Kakak pun sama kakcik guna camera lebih kurang kakcik cuma beza brand aje. Org dah tak guna tapi kakak sayang selagi boleh guna...

    p/s: Buah apa tu kakcik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik pun tak tahu nama buah tu. Pokoknya macam pokok kelapa, tapi buahnya kecil2 saja. :)

      Padam
  5. org lain nak beli dslr, tapi saya nak beli kamera kecik. digital compact macam mak punye. :D

    lebih handy kan? :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mak selalu simpan dalam poket seluar, lepas tu cari kat mana mak letak kamera tu! Sengal kan? :)

      Padam
  6. Salam Kakcik,

    Cantiknya camera pink tu. Cute jer.

    Camero kak ani Canon. Tapi akak lebih selesa guna telefon sumsung saja. Cerewet nak bawa camera melainkan bila berjalan jauh atau pergi bercuti.

    Tentang pokok tu, tak salah akak namanya 'cakia', tak tau nama sebenar. Ada kawan kak ani kata, kalau buah ni kena badan kita, badan kita akan rasa gatal dan kalau dimasukkan dalam makanan, orang yang memakannya akan terkena cirit berit.

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Kak Ani...

      kalau orang nak 'pedajal' kat kenduri orang lain, agaknya dia orang letak buah tu la, kan? ;-)

      Padam
  7. kabur-kabur pun masih dapat meneka kapal terbang apa yang di atas sana tu.. he..he.. saya pun tak pandai guna dslr.. he..he.. ayat org yg takde dslr juga ni..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kapalterbang kabur tu kira sama kelaslah dengan kamera yang kakcik guna - sekadar termampu. :)

      Padam
  8. walaupun kecil tp ttp berguna kakcik, dana ni yg ada dslr pun mule2 je rajin usung ke sana sini lama2 dh mls kak... skrg sume amik gmbr ngn kamera nokia n8 je....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik suka juga guna kamera hp C3 kakcik, masalahnya bila nak transfer ke komputer tu kakcik jadi malas. ;-)

      Padam
  9. DSLR saya akhirnya tersimpan je sebab susah nak dibawa ke sana, ke mari..
    Camera henpon cap ayam ni juga yang saya usung. Ada niat juga nak beli compact camera ni. Ada fungsi video. Mana lah tahu teringin nak rakam aksi si kecil bila lahir nanti. Tunggu poket kembong semula lah jawabnya :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamera kompak tu murah je Su. Kakcik ingat, dengan kenaikan gaji 13% baru2 ini pun Su mampu memilikinya. :)

      Padam
  10. Aslkm Kak C

    wAH, cantiknya. Moga lebih rajin ambek gambar! mama punya pun warna pink.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm MJ..

      Dah lama juga kakcik gunakan jenama Olympus ni. Senang dibawa. :)

      Padam
  11. saya pun tak da DSLR kakcik. lagipun DSLR besar dan berat. tak larat saya nak bawak. Saya guna yg kecik comel macam kakcik je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik ni kan Ella, sebenarnya malas sangat nak usung beg bila 'berjalan2'. Kalau boleh, semua nak sumbat dalam poket, termasuklah kamera. :)

      Padam
  12. pada saya lebih baik compact camera macam ni utk kita gunakan biasa biasa..DSLR berat sangat nak diangkut kesana sini..sudahnya nanti tak bawak.. banyaklah saat yang terlepas tak dirakam langsung..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kamera kecil mudah dibawa, kamera DSLR boleh ambil gambar yang lebih lawa. :)

      Padam
  13. Salam Kakcik,
    comey kaler dia. Akak guna kamera handphone pun jadilah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. W/salam Yong...

      Yang saya punya warna biru. Sesekali saya pun guna kamera hp. :)

      Padam
  14. saya pun pakai camera yg cumel je kak, yg penting boleh amik gambar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi kakcik gambar adalah penting bagi mengelakkan blog bersawang akibat ketiadaan ilham. :)

      Padam
  15. hahaha.. tepukan yg paling kuat buatmu kakakku kakcik !

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.