Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 26 Ogos 2011

Raya tahun lepas...

pak masih ada
walaupun pak tak sesihat mana
tapi pak masih mengharap-harap juga
agar wajah itu menunjukkan muka

pak tetap tertanya-tanya
tidak adakah khabar berita
lalu harus kuberikan jawapan yang bagaimana
melainkan kupinta pak lupakan sahaja

memang apa yang kuucap kejam bunyinya
tapi adakah yang tahu bahawa hatiku turut luka
aku tak sanggup melihat pak berwajah duka
dan sesekali kulihat pak menyeka airmata

raya tahun ini pak telah tiada
pemergiannya sangat kuterasa
bersama sesalku yang masih bersisa
kudoakan sejahteralah pak di sana

Anak-anakku bersama Pak di Hari Raya tahun lepas.


Kepulangan yang dinanti (Aman Shah) ...



Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali


Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
Melambai anakmu kembali


( korus )


Dalam dakapan keheningan maya
Pertemuan yang menyentuh di jiwa
Sekian lamanya terpisah
Harapan kini menjadi nyata


Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali


( ulang dari mula )


Pulanglah di hari raya
Begitulah harapan ayahanda

Pesanan buat kawan-kawanku (dan diriku juga) :  berhati-hatilah walau di mana sahaja berada.  Dalam kita bergembira, ingatlah sama pada yang tiada.  Semoga di Syawal ini, kita tidak kehilangan atau kekurangan apa-apa.


Khamis, 25 Ogos 2011

Kad raya dari Amy / Lauk-pauk...

Kad raya yang baru diterima dari Amy Sinar Raudah.  Terima kasih dik. :)

Jom tengok gambar lauk-pauk, mana tahu boleh dijadikan ilham untuk dimasak sebagai hidangan berbuka/bersahur nanti...

Bawal goreng berlada


Cencaru sumbat kelapa

Kari daging dengan kentang

Tenggiri tumis asam

Sambal tumis udang

Teh O yang mesti ada di waktu berbuka dan bersahur (tak habis simpan dalam peti ais) ;-)

Eh! Anak Arab Sepet mana pulak ni???