Bergema suara takbir di angkasa
Selembut bayu meresap ke dalam jiwa
Betapa hatimu terharu
Menyambut anakmu kembali
Terbayang senyuman di wajah nan sepi
Pulangnya anakmu di pagi yang murni
Kasihmu seharum kasturi
Melambai anakmu kembali
( korus )
Dalam dakapan keheningan maya
Pertemuan yang menyentuh di jiwa
Sekian lamanya terpisah
Harapan kini menjadi nyata
Kiranya perpisahan terjadi lagi
Anakmu pergi mencurahkan bakti
Doamu teriring selalu
Semoga bertemu kembali
( ulang dari mula )
Pulanglah di hari raya
Begitulah harapan ayahanda
Pesanan buat kawan-kawanku (dan diriku juga) : berhati-hatilah walau di mana sahaja berada. Dalam kita bergembira, ingatlah sama pada yang tiada. Semoga di Syawal ini, kita tidak kehilangan atau kekurangan apa-apa.
Saya suka lagu ni...
BalasPadamSelamat Hari Raya kakcik...:)
lagu ni mmg sedih huhu,nasib la ika dh nk blk mlm ni klu x nangis la dgr lagu ni
BalasPadamselamat hari raya kakcik,mohon maaf andai terkasar bahasa selama ika duk komen kt cni ye :)
dgr lagu ni...kalau kene gayanya mmg basah pipi masa tgh drive. abis maskara! heheh~
BalasPadamDr DZ...
BalasPadamkakcik pun suka. Selamat hari raya juga buat Dr dan keluarga. :)
Afikah...
BalasPadamtiada yang kakcik terguris denga kata-kata Ika di kotak2 komen kakcik. Selamat hari raya, berhati2lah di mana sahaja ya. :)
gB...
BalasPadammujur kakcik tak pakai maskara sebab kakcik memang menangis mendengar lagu ini. ;-)
sedihhh lagu ni...
BalasPadamselamat hari raya kakcik
ampun maaf dipinta
kalau ada buat rumah terbuka
jemputlah lah ya
ada mcm pantun tak..hihi :)
Lagu lama juga yg menyentuh jiwa kan kakcik... Bersama kita saling ingat-mengingati...
BalasPadamAti...
BalasPadamselamat hari raya. InsyaAllah, kalau ada majlis makan-makan, nanti kakcik jemput Ati ya. :)
Kakzakie...
BalasPadamsangat2 menyentuh jiwa kakcik. "Kepulangan yang dinanti" tapi akhirnya begitu sahaja berlalu pergi....
selamat hari raya kakcik..
BalasPadamlagu kegemaran saya juga namun selalu sayu bila mendengarnya
buat kakcik juga semoga selamat menuju setiap destinasi
ibuintan...
BalasPadamselamat hari raya buat ibuintan dan keluarga. Semoga semuanya selamat sejahtera di hari dan bulan yag mulia ini. :)
Salam kak Cik..
BalasPadamLagu inilah yang Nida paling suka dengar.. menusuk kalbu.. teringat pada arwah abah..
Selamat menyambut Hari Lebaran buat Kak Cik sekeluarga..
suka dgr lagu ni...moga kita semua selamat balik & kembali..
BalasPadamSelamat hari raya kakcik:)
W/salam Nida...
BalasPadamkakcik juga teringat kat arwah bapa kakcik. Penantiannya yang berakhir dengan kehampaan. :(
Selamat hari raya buat Nida sekeluarga.
Qema...
BalasPadamSelamat hari raya. Semoga selamat semuanya. :)
bertambah sedih dengar time dah dekat nak raya..
BalasPadamAizamia...
BalasPadamikut hati kakcik ni memang tiada keceriaab rasanya,,,
dgn mood preggy saya yg hura hara skrg..meleleh air mata kak...saya jd cengeng aje loni..huhu
BalasPadamselamat hari raya kak
sedih la dengar lagu ni...
BalasPadamselamat hari raya aidilfitri buat kakcik sekeluarga...
Mama SN...
BalasPadamselamat hari raya buatmu juga Dik. Jaga kesihatan, jaga baby dalam kandungan dan jaga keselamatan seluruh ahli keluarga ya.
Kakcik juga jadi cengeng sekarang. :(
Ainnoraini...
BalasPadamselamat hari raya, Dik. Semoga selamat semuanya ya. :)
Assalamualaikum...
BalasPadamLagunya menyentuh jiwa..
Wa'alaikummussalam Ustaz...
BalasPadamya, sangat kakcik terasa.
saya faham akan maksud lagu ini rasanya... sabarlah kakcik ye.. kalu ada rezeki, jodoh.. pulanglah dia nnt..
BalasPadamNiez...
BalasPadamyang sangat mengharapkan kepulangan itu telah pun tiada, jadi rasanya tiada apa lagi yang perlu dinanti. :(
Assalamualaikom kakcik..
BalasPadammoge roh Pak kakcik, Apak teman & semua saudare kite sentiase dirahmati Allah & aman d sane.. amiinn!
sayu dengor lagu ni.. hmm..
Wa'alaikummussalam AzeedA...
BalasPadamAminnnn...
Selamat Hari Raya kakcik. Sayu hati saya hati mengenangkan ayahanda yang sudah tiada. Semoga rohnya berbahagia di sana.
BalasPadamSalam Aidilfitri untuk kakcik dan family...
BalasPadamlepat ketupat dipagi hari
lemang dan rendang sama dimakan
selamat hari Raya aidilfitri
salah dan silap harap dimaafkan...
moga Hari Raya ini membawa lembaran baru buatmu....
walau abah dah tiada, mak IM masih ada. syukurlah, masih meriah berHari raya di kampung Rabu nanti!
BalasPadamkepulangan tok berkhalwat di putrajaya... kwang2.
BalasPadam