Kawan-kawan kakcik

Khamis, 25 Ogos 2011

Kad raya dari Amy / Lauk-pauk...

Kad raya yang baru diterima dari Amy Sinar Raudah.  Terima kasih dik. :)

Jom tengok gambar lauk-pauk, mana tahu boleh dijadikan ilham untuk dimasak sebagai hidangan berbuka/bersahur nanti...

Bawal goreng berlada


Cencaru sumbat kelapa

Kari daging dengan kentang

Tenggiri tumis asam

Sambal tumis udang

Teh O yang mesti ada di waktu berbuka dan bersahur (tak habis simpan dalam peti ais) ;-)

Eh! Anak Arab Sepet mana pulak ni???







50 ulasan:

  1. hari ni ntah nape hubby
    ati cadangkan berbuka dgn
    maggi...hehehe..teringin agaknya kot :)

    hero akak tu ...betui2 muka akak kan

    BalasPadam
  2. Ati...

    kakcik memang ada keinginan nak makan megi. Tapi bila dah berbuka, keinginan itu hilang dengan sendiri.

    BS tu memang anak mak! :)

    BalasPadam
  3. Wani...

    bukan baju raya, tapi dia pakai untuk solat tarawih. Jubah tu Alongnya belikan di Mekah. :)

    BalasPadam
  4. aduhaiii~ terus berkeriut pewot sy neh..

    ptg ni sy nk goreng mee ajelah..

    BalasPadam
  5. Rina...

    kat rumah kakcik, nasi adalah hidangan wajib untuk suami. :)

    BalasPadam
  6. Chik Att...

    Selamat Hari Raya buat Chik Att juga. :)

    BalasPadam
  7. Bujal...

    jadi, kamu jangan minum teh o tau. :)

    BalasPadam
  8. aizamia...

    bila perut lapar, tak sedap pun kena makan juga. :)

    BalasPadam
  9. semua tu memang sedap..
    beshnya mama..
    lapo la plop...

    BalasPadam
  10. cheqna...

    weh.. Zuhur pun belum lagi. Sabooo... :)

    BalasPadam
  11. Anak Arab sepet tu bakal ikut jejak langkah abangnya kah Kakcik?

    BalasPadam
  12. Dr DZ...

    harap2nya begitulah. Kalau pun tidak jadi Imam setidak2nya jadi anak yang soleh. :)

    BalasPadam
  13. semuanya sedap belaka.
    semlm zue masak lauk sambal sardin sbb dah tahap penat dan malas gitu.

    kakcik jemput kerumah ambil kad raya zue.

    BalasPadam
  14. zue...

    sepanjang Ramadhan ni, kakcik baru seklai masak sambal tumis sardin. Kalau ikut tak tahu nak masak, kakcik bantai goreng nuget je. :)

    Nanti kakcik ambil kad zue ya.

    BalasPadam
  15. Kak cik tunjuk tumis asam tu baru teringat nk buat...

    BalasPadam
  16. Fazz...

    senang je nak buat, tapi selalu jadi pilihan terakhir untuk kakcik masak. :)

    BalasPadam
  17. TB...

    masa perut kosong semua nampak sedap, tapi bila dah minum air, rasa tak lalu nak makan pula. :)

    BalasPadam
  18. dah tak ada mood nak masak le ka cik, dok teringat kampung je...berbuka beli je pas tu sahur masak nasi goreng...

    BalasPadam
  19. Aina...

    kakcik ni ada mood ke tak, kena masak juga. Kesian pulak kat suami dan anak2. Kalau ikut hati, sesekali rasanya nak beli makanan segera seperti kepsi je! ;-)

    BalasPadam
  20. salam kakcik meriahnye meja berbuka....

    BalasPadam
  21. banyaknya lauk kakcik
    saya selalu masak 2 lauk je.. tu pun tak abes.. hehe

    BalasPadam
  22. kenapa tak kasi anak arab tu pakai serban akak? mesti bertambah hensem...

    BalasPadam
  23. dah pakai jubah macam tu mesti makan kus kus atau nasi mandy dgn lamb kabshah..mana aci makan maggi???

    BalasPadam
  24. Sedapnya nampak kari daging dengan kentang tu.

    BalasPadam
  25. kak...nak resepi tenggiri masak asam tu....kalau dah xplore alert kat kita ye...ye.....ahakz

    BalasPadam
  26. Alimaz...

    gamabar2 tu kakcik kumpul dari dua hari yang berbeza. :)

    BalasPadam
  27. Ajumohit...

    nampak je sedap, rasa sebenarnya belum tahu. :)

    BalasPadam
  28. Dr Hanie...

    lauk2 darui hari yang berbeza, sengaja nak tunjuk di catatan yang sama. :)

    BalasPadam
  29. eelobor...

    nanti kakcik nak ambil gambar dia berpakaian Arab yang lengkap. :)

    BalasPadam
  30. hani...

    malam2 bila kakcik dah tidur, dia dengan abang2nya akan makan megi senyap2. :)

    BalasPadam
  31. Kak Ani...

    jujurnya, saya lebih suka kari ikan. :)

    BalasPadam
  32. IS...

    selamat hari raya buat IS juga. :)

    BalasPadam
  33. jeBateja...

    kakcik dah bagi kat ruang komen blog Jebat. :)

    BalasPadam
  34. cute sungguh anak arab yg cepet tu

    BalasPadam
  35. sama mcm mak acu...suka buat teh o untuk berbuka & sahur...yg lebih masuk peti ais...

    BalasPadam
  36. Acu...

    teh O yang kakcik buat tu cair je - sampai tak terasa sangat tehnya. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com