pak masih ada
walaupun pak tak sesihat mana
tapi pak masih mengharap-harap juga
agar wajah itu menunjukkan muka
pak tetap tertanya-tanya
tidak adakah khabar berita
lalu harus kuberikan jawapan yang bagaimana
melainkan kupinta pak lupakan sahaja
memang apa yang kuucap kejam bunyinya
tapi adakah yang tahu bahawa hatiku turut luka
aku tak sanggup melihat pak berwajah duka
dan sesekali kulihat pak menyeka airmata
raya tahun ini pak telah tiada
pemergiannya sangat kuterasa
bersama sesalku yang masih bersisa
kudoakan sejahteralah pak di sana
Anak-anakku bersama Pak di Hari Raya tahun lepas. |