Kawan-kawan kakcik

Rabu, 6 Mei 2020

Ikhlaskah kita...

Bila UEL datang
Ada yang terkejut bagai tersentuh jelatang
Yang kononnya sentiasa cakna
Tapi sentiasa juga tidur lena
Pura-pura tidak tahu
Ada jiran yang sedang tersedu-sedu
Serba serbi kurang dan tiada
Tapi kita kenyang dan sendawa

Bila UEL tiba
Masing-masing menunjuk muka
Oh... Selama ini memang kami ambil berat
Tapi keluarga ini jenis keparat
Hendak ditolong sering ditolak
Mereka lebih suka berdinding kotak
Berkali-kali ditawar bantuan
Tapi kami pula dihalau bagai haiwan

Bila UEL mula membantu
Terdengarlah kata-kata begini begitu
Hendak tolong, tolonglah sahaja
Apa perlunya sebar di media
Mesti tujuannya hendak menunjuk-nunjuk
Seolah-olah kita tak pernah elok

Apa pun tujuannya
Hanya dia dan Allah yang tahu
Setidak-tidaknya dia terus membantu
Yang tersepit rasa lega
Yang kebuluran hilang lapar dahaga
Yang duduk di dalam hutan
Rumah selesa dia usahakan

Tapi kita hanya terus berkata-kata
Seolahnya kitalah sang juara
Padahal tiada apa yang kita cuba usaha
Selain dari jari ligat menitip cerita...


2/5/2020
9 Ramadan 1441
2.56 ptg

#bukanpemujaUEL
#yang betulkitakatabetul
#yangsalahbolehdiperbetulkan

8 ulasan:

  1. Betul tu,
    Akhirnya niat tu kita dan Allah saja yang tahu.
    Btw saya singgah dan follow blog ni ya.
    Jemput melawat blog saya jika berkelapangan :)

    BalasPadam
  2. betul, orang dh hulur, nk sekat2, bru trigger, malu latu, atotnya ucap terima kasih, ni siap lodge report, semoga Allah jaga orang2 yang masih menjaga Agama dia

    BalasPadam
  3. Mana yang baik kita contohi.terus sama-sama mendoakan juga.

    BalasPadam
  4. sedang nabi lagikan ditaburkan fitnah, inikan pula kita...

    BalasPadam
  5. Assalamualaikum. Betul. zaman sekarang ni buat baik mudah, buat fitnah lagi mudah. kita buang mana yang keruh, kita ambil semua yang jernih. In Shaa Allah, Allah tu Maha Adil. Apa yang berlaku kt ustaz Ebit Lew itu adalah salah satu dugaan utk insan hebat sepertinya dan dugaan juga buat kita semua. Waalallualam. Done follow #1193

    BalasPadam
  6. Ada yang pro dan ada yang kontra terhadap tindakan2 UEL ni
    Kita fikir yang baik2 ajelah

    BalasPadam
  7. Semoga yang baik-baik sahaja dari semua orang untuk semua orang...sikap yang baik kita kena contohi...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com