Kawan-kawan kakcik

Rabu, 6 Mac 2019

Pembedahan membuang kulit mati (kematu) di kaki...

Sebenarnya, kematu itu tak lah besar mana.  Tapi ada 1 di kaki kiri dan dua di kaki kanan (termasuk tapak kaki).  Sesekali rasa sangait sangat mencucuk-cucuk hingga boleh keluar airmata.

Tiada pun bercadang hendak ke klinik atau hospital untuk buat rawatan.  Cuma ditakdirkan Ilahi sewaktu temujanji dengan Doktor di Klinik Pakar Ortopedik Hospital Ampang, Doktor yang macik jumpa terperasan dengan kematu di kaki makcik itu.  Dia bagi cadangan agar makcik buat pembedahan kecil untuk membuang kematu tersebut.  Terus diberikan tarikh untuk buat pembedahan.

Pada Selasa (5/3/2019), makcik hadir ke wad harian, Hospital Ampang.  Setelah menunggu lebihkurang 2 jam, makcik disorong ke bilik bedah.  Tak lama pun prosedurnya.  Tapi perit jugalah bila disuntik ubat bius.  Menjerit juga makcik dibuatnya...

Dah masuk wad, 'wajib'lah sarung seragam hospital.

Selepas keluar dari bilik bedah yang sangat dingin itu, perut pun mula menyanyi kelaparan.  Maklumlah makcik tidak mengambil sarapan dan hari sudah menjelang tengahari.  Alhamdulillah.  Allah Maha Mengetahui.  Sekejapan kemudian, makanan pun tiba...  Makanlah makcik dengan berselera dan tidak bersisa 😏

10 ulasan:

  1. Moga urusan kakcik dipermudahkanNYA.

    BalasPadam
  2. Oooo, masuk bius sakit eh.. Alamak, seram la pula ... hehe, saya tak pernah lg melalui pembedahan. Semoga akak sihat tak da kematu lg..

    BalasPadam
  3. kalau bab bius memang sakit kan mak...SA x pernah lalui pembedahan..so seriau tu tetap ada..bersalin dulu pun normal jer...

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah dah selesai. Moga lebih selesa bila berjalan ya kakcik.

    BalasPadam
  5. Semoga dikurniakan kesembuhan.
    Hurmmm...mesti dah bertambah cantik kaki tu :-)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com