|
Sewaktu kami tiba, lebihkurang jam 8.00 malam masih banyak meja yang kosong tetapi seketika kemudian ianya mula dipenuhi pelanggan. Dari pemerhatianku, kebanyakan yang datang itu adalah kumpulan keluarga... |
|
Yang awal dihidangkan (tanpa diminta) adalah sambal kicap dan nasi lemak bungkus. Walaupun kami tidak memesan ikan bakar, sambal kicap ini tetap habis dimakan... |
|
Kami datang hanya bertiga tapi lauk pauk yang dipesan boleh dimakan oleh 5 ke 6 orang!... Oh... makcik tidak terlibat dalam membuat pesanan. Sementelah orang yang membelanja, biarlah beliau sahaja yang memesan makanan. |
|
Sayur campur. Habis licin dimakan. |
|
Asam pedas ikan pari ini memang sedap. Parinya lembut, tidak hanyir atau 'hancing' dan kuahnya secukup rasa. |
|
Tak silap makcik, ini ikan kerapu, kan? Masak apa entah. Tapi sedap. Disebabkan perut yang sudah tidak mampu diisi, makcik pandang sahaja baki-baki yang masih tinggal. Sayang sangat rasanya. |
Alhamdulillah. Semoga terus murah rezeki insan yang bermurah hati membelanja makan malam kami ini...
SA pernah makan kat sini ngan family...tapi servis slow masa tu..SA dah booking awal pukul 6 pun dapat makan kul 9 malam...
BalasPadamwahhhh bestnya kakcik, kalau tgk semua menu pun mmg tak kan abis utk 3 org makan... banyak sungguh tu heheheh
BalasPadamAlhamdulillah rezekikan heheheee...
BalasPadamKalau makan ikan bakar ni nasi kena amik sikit jer... sebab kena makan lauk banyak.
Syukur.Sedapnya.Tengok asam pedas tu..terliur.Setuju dengan Mrs A..biasa PC kalau makan macam ni minta nasi satu kongsi dengan En Suami...ratah lauk yang bersungguh-sungguh.
BalasPadamMenu semua menarik lebih-lebih lagi sambal kicap tu.. hehehe..
BalasPadamasam pedas tu memang nampak sedap
BalasPadam