Selepas menjalani pembedahan kecil membuang kulit kematu baru-baru ini, aku sempat bersembang dengan seorang wanita berusia 60 tahun yang sedang menanti giliran untuk masuk ke dewan bedah.
Lama juga kami bersembang dari satu hal ke hal yang lain. Wanita tersebut mempunyai 8 orang anak (yang sulung sudah 35 tahun dan yang bongsu masih menuntut di peringkat diploma). Beliau juga mempunyai 6 orang menantu (3 lelaki dan 3 perempuan) serta 10 orang cucu.
Ceritanya, beliau seorang yang sangat 'berterus-terang' dan bercakap secara terbuka dengan anak menantu. Perkara yang beliau tidak suka, beliau akan nyatakan secara terang-terangan. Malah menantu beliau juga tahu sekiranya mertua tidak sukakan mereka.
Satu hal yang beliau pesan pada anak-anaknya, setelah berumahtangga, binalah kehidupan masing-masing 'di luar'. Maksudnya, tidak tinggal lagi di rumah beliau dan suami. Katanya dia sudah menghabiskan masa menjaga 8 orang anak dan tidak mahu lagi terbeban dengan menjaga cucu.
Sekiranya anak menantu pulang ke rumahnya sekali sekala, pastikan mereka bangun subuh sebelum beliau bangun. 'Tapi itulah', katanya... pesan macam mana pun, selalunya beliau yang akan bangun dahulu. Solat dan siapkan sarapan sedangkan anak menantu masih di dalam bilik hingga 7 pagi. 'Hendak kata penat, saya dulu uruskan sendiri 8 orang anak', tambahnya lagi.
Sepatutnya bila isteri tidak bangun, suami (anak lelaki) mesti kejutkan isteri. Minta isteri bantu mak. Tapi anak pun sama sahaja. Mungkin sayangkan isteri lebih dari mak sendiri. Mak merajuk macam mana pun tetap maafkan anak, tapi bila isteri merajuk susah pula hendak dipujuk.
Hmmmm...susah juga hendak cakap. Bila mertua tegur mana yang tidak kena, orang kata mertua cerewet. Nanti suatu masa, bila menantu itu jadi mertua, biarlah dia rasa pula apa yang mertuanya rasa sekarang. Bukan mendoakan, tapi sejarah tetap akan berulang-ulang (siapa kata sejarah tak mungkin berulang?)
Sepatutnya bila isteri tidak bangun, suami (anak lelaki) mesti kejutkan isteri. Minta isteri bantu mak. Tapi anak pun sama sahaja. Mungkin sayangkan isteri lebih dari mak sendiri. Mak merajuk macam mana pun tetap maafkan anak, tapi bila isteri merajuk susah pula hendak dipujuk.
Hmmmm...susah juga hendak cakap. Bila mertua tegur mana yang tidak kena, orang kata mertua cerewet. Nanti suatu masa, bila menantu itu jadi mertua, biarlah dia rasa pula apa yang mertuanya rasa sekarang. Bukan mendoakan, tapi sejarah tetap akan berulang-ulang (siapa kata sejarah tak mungkin berulang?)
PC anak. PC menantu.Ini yang paling merisaukan dan menakutkan.Bila di rumah mak ayah sendiri mungkin mereka faham tapi anak atau menantu tak boleh ambil kesempatan juga apatah lagi dirumah mertua.. Bila di rumah mertua kita bawa nama dan maruah mak ayah sendiri .PC pun takut juga kak..
BalasPadamtak tahu nak komen apa. Saya cuba menjadi yang terbaik sebagai anak, menantu dan nanti bakal mertua jika umur panjang. Semoga saya tidak menjadi menantu hantu dan mertua cerewet lah hendaknya. aamiinn
BalasPadamSesungguhnya insan yang paling saya takut di dunia .... mak mertua huhuhuuuuu!
BalasPadamZaman dah berubah, sekarang mak mentua takut menantu.
BalasPadammanusia paling baik dgn menantu2 adalah mak saya. Walau menantu2 banyak buat salah,dia tetap jaga perhubungan yg baik dgn mereka. Semasa dia pergi,menantu2 menangisi kehilangan dia . Banyak amalan dia yg dia buat yg tak akan terbuat oleh saya sendiri. Tutur kata dia,layanan,nasihat dia.
BalasPadamZaman dah berubah kakcik kan. .. Mak/mentua tetap lah bangun awal. Anak menantu will take their own time
BalasPadamMak mertua Mrs. A seorang yang jenis berterus terang juga kalau dia tegur samalah macam dia tegur anak sendiri. Alhamdulillah Mrs. A okay jer... dah salah salah lah hahhahaaa...
BalasPadamKalau dalam family Mrs. A pulak mak Mrs. A ada jugak mencontohkan seorang menantu dia tu kau tengoklah Kxxxx ko tu langsung tak menolong didapur kalau kat rumah mak mertua kau jangan ikut perangai camtu setepek dia bagi kat Mrs. A muahahaaaaa.....