Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 9 Mac 2019

Bila catatan blog dikongsi oleh Denaihati Network...

Petang semalam selepas makcik buat satu catatan, terperanjat juga bila lihat jumlah pengunjung yang luar biasa ramainya. Memang tidak pernah terjadi begitu.  Maklumlah blog bukan stakat suam-suam kuku, dah masuk tahap sejuk beku pun...

Nampak tak 'users online' tu.  90!  Sebelum itu sebenarnya lebih dari 90, tapi bila makcik 'print screen' jumlahnya 90...
Terfikir juga kalau ada yang sudi kongsikan catatan makcik ini, tapi 'butang' Google + atau untuk dikongsikan ke facebook sudah tiada.  Makcik sendiri ada kongsikan catatan di facebook, tapi yang 'like' tak ramai pun...

Rupa-rupanya, catatan itu telah dikongsikan oleh Denaihati Network di halaman mereka.  

Patutlah ramai sekali yang berkunjung.  Nampak tu, ada 542 'shares'.  Makcik baca juga antara komen-komen yang dilontarkan terhadap catatan makcik tu.  Ada yang suka, ramai juga yang tidak.  Hahaha...'menantu hantu' memang ramai, kan??? 😅😅

 
Dalam tempoh 24 jam, catatan yang satu itu dibuka lebih 4800 kali.  Terima kasih Denaihati Network.  Mudah-mudahan ada manfaatnya catatan yang makcik kongsikan itu...

6 ulasan:

  1. banyak tu bonda..alhamdulillah...mesti banyak makcik bawang yang komen tu..nanti ferd nak terjah la entry tu

    BalasPadam
  2. wahhhhh, tp mmg betul tu pun apa kakcik tulis... tulisan kakcik tu lenggok ayatnya selalu mudah n sedap di baca, juga utk di fahami...

    tp betul lah kakcik, klu dana balik kg mertua pun, kalau bangun kul6.30 pg nmpak mertua dh kt dapur kalut2 kita tlg apa patut, heheheh malu lah kang apa dia kata... dia kadang kul 5.30pg dh bangun hehehe

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com