Ini adalah catatan untuk 'memberi sedikit nyawa' kepada blog yang kian suram ini. Sementelah ada gambar-gambar (makanan) yang belum disiarkan di sini, makcik letak sahajalah sambil bagi peluang kepada sesiapa yang ingin meninggalkan komen (jangan segan-segan, ya...) 😃😃
|
Jus mangga susu dengan hirisan mangga di dalamnya. RM4.00 sahaja, memang puas minum (berkongsi dengan suami, tak terhabis minum seorang). Berbaloi, kan? |
|
Set ini dengan nasi putih, RM6.00. En Suami punya. Rasanya berbaloi juga... |
|
Set nasi putih, ayam celup tepung, sup kosong, sos cili thai dan sirap (tiada dalam gambar). Harganya RM5.00. Bagi makcik, tiada rungutan. Sekarang pun ada set nasi dengan ayam goreng kunyit dan sirap dengan harga yang sama. Tapi makcik belum pernah cuba. Sekurang-kurangnya jika kita hanya ada RM5.00 dan perut sedang kelaparan, kita masih boleh membeli makanan. |
|
Set nasi dagang ini berharga RM8.50. Sedikit mengecewakan kerana hidangan ini 'sejuk' walaupun masih awal pagi. Namun bagi makcik, bila makcik sudah beli atau ambil makanan, makcik akan sedaya mungkin menghabiskannya. Tidak elok membazir. Bayangkan mereka yang sedang kelaparan dan tiada apa langsung hendak dimakan. Masihkah kita sombong dengan rezeki di depan mata... Ingat! Membazir itu amalan syaitan! |
|
Tak silap makcik, set ini berharga RM6.00. Berbaloi ke tidak? |
Semua makanan di atas adalah yang makcik dan suami makan 'di luar'. Di samping itu, makcik dan anak bujang masih tetap memasak dan menerima tempahan sekiranya ada yang berminat...
|
Antara tempahan yang kami terima dari seorang wanita berbangsa Cina. Set lengkap nasi lemak dengan rendang ayam untuk dihidangkan kepada 40 orang tetamunya... |
|
Masak lemak udang dengan timun. Sedap juga. Sendiri masak, sendiri puji! |
|
Anak minta makcik masakkan sambal hijau kentang. Yang jadi, sambal kuning! |
|
Puding Raja versi Chef Min |
|
Sekarang makcik sangat 'mengidam' (jangan kata makcik mengandung pulak!) makan pulut kuning dengan rendang daging. |
lapaq nya tengok kakcik .. nampak sedap sangat tuu
BalasPadamMenu yang kakcik makan di luar tu berbaloi dengan harga sebab set.Betul..sekarang ada banyak set menu lengkap yang ringkas tapi murah boleh dibeli..yang membezakan hanya rasalah.
BalasPadamMenu yang kakcik masak untuk makan sendiri dan menu yang dipesan oleh pelanggan..lagi-lagilah meliurkan..PC berpendirian..air tangan ibu ada keistimewaannya tersendiri.
Masih berbaloi makanan diluar Tu kak cik jika masih dilingkungan RM 5-7 ..
BalasPadamSedap 😋 pulak tengok sambal hijau kentang Tu, wlpn nmpk sambal kuning 😅
aduh kakcik, rindu betul kakcik punya donat tu, nnti nk oder lah
BalasPadammmg berbaloi2 harga yg atas tuh, tp nasi dagang ngn lempeng tu mmg agak mahal lah kak... ns dagang biasa dpt rm5-rm6 kot je rasanya, malah ada yg lg murah... lempeng sekeping tu mmg mahal bg dana
Kalau satu set makanan bawah RM10 masih kira berbaloy
BalasPadamSalam Kak Chik, pada pendapat saya harga memang berbaloi dan dianggap murah...yang agak mahal pada saya set yang macam roti canai atau mungkin capati dengan kuah daging tu...kalau itu harga dikedai mamak, memang sedia maklum harga mencekik darah
BalasPadamHahahahah Kak Cik statement bawah tu mmg kelako.....
BalasPadamAlah kalau mengandung pun apa salahnya hihi.... Ha a yg set sup ngan telur dadar dan 2 3 menu kat atas tu rasanya berbaloi jugakkan...Pilihan ditangan kita kan KC....so ikut kemahuan kitalah, kalau rasa tak berbaloi tak yah beli tapi tulah masalahnya tekak teringin hihi.....
Saya pun mcm teringin pulut dgn rendang tu KC....Pulut Zarina Zainuddin