Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 28 September 2018

Menyantuni tetamu jauh...

Zubair ini adalah pemandu pelancong sewaktu makcik dan kawan-kawan bercuti di Kashmir pada tahun 2015 dulu. Gambar di atas ini sewaktu makcik bawa dia ke Mydin , Jalan Masjid India sebab dia hendak beli kopi dan biskut.

Sebenarnya ini kali kedua dia datang ke Malaysia.  Kali ini bila datang (19 hingga 26 September), kawan-kawannya di sini memang sudah ramai.  Setiap hari ada sahaja yang akan 'melayan'nya.  Makcik jumpa dia di hari terakhir dia di Kuala Lumpur.  Ambil dia di hotel penginapannya di Kota Damansara pada jam 10.00 pagi dan bawa dia bertemu kenalannya di Menara PNB, Jalan Tun Razak seketika.

Kemudian kami bawa dia untuk makan tengahari di Restoran Beriani Asif Cawangan Taman Nirwana, Ampang.  Suka dia dapat bersembang dengan En Asif dalam bahasa Urdu.  Waktu kami tiba sekitar jam 11.35 pagi, makanan belum siap.  Jadi tunggulah sekejap.

Berselera betul Zubair makan nasi beriani walau tanpa lauk.  Sedap betul katanya, cukup rasa dan macam masakan mak dia...

En Asif pun masih ingat yang kami pernah bawa Zubair makan di restorannya di Cawangan Bukit Bintang.

Bawa dia balik ke rumah sekejap sebelum ke KLIA2 sebab kami hendak menunaikan solat Zohor dahulu.  Tengoklah, selamba dia duduk atas katil sambil menonton Bajrangi Bhaijan yang makcik pasang.  Tapi tak sampai setengah jam pun singgah di rumah.  Kami keluar awal walaupun penerbangannya pada jam 7.00 petang.  Jalan ke lapangan terbang bukan boleh dijangka.  Terutama bila melalui Bandar Tasik Selatan yang sedang sibuk dengan kerja-kerja pembinaan.  Mahu menangis, kalau tersangkut.

Memang awal kami tiba di KLIA2.  Mujur juga ada kenalan Zubair menunggu di sini.  Jadi urusan untuk daftar masuknya memang lancar dan tiada masalah.  Selamat jalan Zubair, harap kita dapat berjumpa lagi di Kashmir jika ada rezeki makcik.

17 ulasan:

  1. Bila sentiasa menjaga dan menghargai ukhwah...manisnya berpanjangan..aamin.syukur..alhamdulillah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Semoga persahabatan itu dalam redha Ilahi juga... :)

      Padam
  2. salam singgah. alhamdulillah ikatan persahabatan yg takkan putus. alangkah indahnya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat indah bila ianya tanpa keraguan-keraguan yang sengaja dicari. Alhamdulillah...:)

      Padam
  3. Seronok dapat jumpa orang jauh dari kita kan kakcik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah. Jumpa yang dekat pun seronok juga... :)

      Padam
  4. dia masih tour guide di kahsmir.skrg ni kak?suka sy baca cara akak melayani tetamu jauh.ni..alangkah indahnya ukhuwah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya dia masih menjadi pemandu pelancong di Kashmir (dan untuk yang ingin melawat ke Agra juga kemudian ke Kashmir atau sebaliknya). :)

      Padam
  5. Balasan
    1. Memang seronok lebih-lebih lagi kalau mampu ke sana lagi...)

      Padam
  6. kemain lg duk atas katil siap bersila tu...
    dah rindu kashmir sangat lah tu..
    now dia dah balik Kashmir dah kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia singgah ke rumah, tak hidang apa-apa makanan dan minuman pun sebab baru lepas makan. Cuma tanya kalau dia nak guna bilik air je. Tak nak pulak dia... :)

      Padam
  7. satu kali org baik dengan kita, 1000 kali kita baik dengan orang. yang penting, jujur dan ikhlas dalam menjalikan ukhuwah.. :)

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com