Kawan-kawan kakcik

Ahad, 30 September 2018

Buku Abah dan Mak Poi Iceland dan UK...

Buku ini adalah hasil catatan pengalaman blogger Abah Zino dan isteri beliau (Mak) yang berpeluang bercuti ke Iceland dan UK.  Bagi kita yang tak berpeluang ke sana, membaca buku ini membuatkan seolah-olah kita juga turut pergi bersama.

Makcik rasa agak bertuah sebab dapat tandatangan berserta sedikit kata-kata dari penulis dan juga dari editor buku ini.  Harga buku ini sebuah RM25.00.  Jika mahu dipos, kosnya tambah RM8.00.  Banyak catatan pengalaman yang dicatatkan dalam buku ini dan boleh dijadikan panduan sekiranya ada yang ingin pergi ke sana buat pertama kali.  Ada manfaat yang bukan sedikit dikongsikan.

Ada banyak gambar-gambar yang jelas dan menarik dimuatkan di dalam buku ini.  Antaranya ialah kapalterbang buruk di mana Shah Rukh Khan dan Kajol pernah berlakon di sini dalam filem Dilwale.  Kalau berpeluang ke sini, bolehlah berangan bagaikan SRK dan Kajol...

Ada juga gambar air terjun tapi airnya telah beku menjadi ais. Ops...dua gambar di atas ini sengaja makcik kaburkan.  Sebab?  Kalau nak tengok gambar yang memang jelas, terang dan cantik, belilah buku ini.  Tak mahal pun berbanding kalau hendak pergi sendiri ke Iceland dan UK, kan?  Macam mana nak beli buku ini?  Boleh hubungi Abah Zino melalui facebook beliau di SINI

Makcik dan pakcik bertemu sendiri dengan Abah Zino dan Mak untuk mendapatkan buku ini.  Bagaimanapun, ini bukanlah pertemuan pertama kali.  Sudah banyak kali kami bertemu sebelum ini.  Alhamdulillah.  Semoga ukhwah berpanjangan.

9 ulasan:

  1. Sama dengan saya kakcik.. juga dah dapat.. hehehe..

    https://aizamia3.blogspot.com/2018/09/buku-istimewa-dari-abah-zino.html?m=1

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakcik dapat lama dah. Dah sebulan lebin baru nak tulis kat blog... 😊

      Padam
  2. wah nak kena cari buku ni walau sy pernah buat travel arrangement untuk client tapi tak jejak lagi ke sana..InsyaAllah nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dapatkanlah buku ini. Memang tidak rugi wslaupun kita mungkin tak dapat pergi 😊

      Padam
  3. Alhamdulillah...melancong dengan membaca terlebih dahulu..insyaAllah satu masa ada rezeki untuk Kakcik ke sana.....siapa tahukan...Allahu.

    BalasPadam
  4. seronok baca buku yang boleh membuatkan kita turut berada sama dalam cerita tersebut :D

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com