...oleh kerana Perdana Menteri India akan datang melawat Kashmir dan bimbang sesuatu yang tidak diingin akan terjadi, Zubair mencadangkan agar kami 'melarikan diri' keluar dari kawasan pusat bandar Srinagar. Pagi-pagi lagi kami keluar dari kawasan Dal Lake untuk menuju ke Pahalgam dan akan bermalam di sana. Sepanjang jalan menuju ke Pahalgam kami akan singgah di beberapa tempat yang keindahannya sukar diungkapkan dengan kata-kata selain bibir dan hati berzikir memuji Yang Maha Berkuasa...
Ikutkan hati, semua gambar hendak diletakkan di blog ini... |
...dari sudut mana pun, tetap tergambar suasana indah yang tersendiri... |
...aku sudah jatuh cinta dengan keindahan di sini dan mula berangan-angan untuk datang lagi... |
Sarapan pagi kami |
Bersama 'ketua delegasi', Madam Azian Elias :) |
SubhanAllah SubhanAllah SubhanAllah |
AllahhuAkbar AllahhuAkbar AllahhuAkbar |
Adakah senyumanku ikhlas? Hanya Allah Yang Maha Mengetahui... |
Ambil sahaja apa-apa gambar dan suasana yang aku suka |
Pandangan begini pun tetap indah dimataku... |
Kami singgah sebentar di ladang saffron. Malangnya saffron sudah pun melepasi musim tuaian. Tapi Allah SWT masih beri kami peluang menatap bagaimana rupanya saffron segar. Maka adalah sepokok dua yang masih ada di ladang itu...
Sayu pula hatiku melihat lelaki ini mengepam air... |
Inilah rupanya pokok dan bunga saffron. Kecil sahaja. Setiap bunga mempunyai hanya 3 stigma. Maka janganlah hairan bila saffron sangat mahal harganya... |
Ada yang bertanya adakah itu tangan Shah Rukh Khan? Hahaha... jangan buat lawak! Itu tangan pemilik ladang saffron, malangnya wajahnya tidak dirakam oleh 'tukang ambil gambar' ini... |
Bersama Bilal, pemandu kami yang sudah bertunang... :) |
Kacak tak Zubair ni? Masih bujang tau... Kalau hendak berkenalan, jom kita ke Kashmir lagi. Pasti anda tidak menyesal mendapatkan beliau sebagai pemandu pelancong. :) |
Kehwa tea (teh saffron) yang sangat enak. |
Tengok begini pun rasa 'macam cantik je...macam comel je...' |
Berbanding di Delhi, bangunan di Khasmir lebih tersusun dan bersih |
Jalan sesak di mana-mana dan bunyi hon bergema menjadi nyanyian di telinga... |
Unik bentuk bangunan ini, kan? |
Ya Allah Ya Allah..seronok nyer mak!
BalasPadamBestnya Kakcik..byk berjalan luas pemandangan..banyak ilmu yg dpt :)
BalasPadamtakde gambar ladang bunga saffron tu banyak2 ke kak? unik betul cara bunga tu tumnuh kan... mcm rumput gitu je
BalasPadambila nak smapai kat bukit2 dalam filem kapoor ni ..heheheh
BalasPadamSayang sekali Kashmir itu milik India dan akibatnya sampai sekarang ia bergolak. Kalau ikut sejarah, sepatutnya Kashmir itu milik Pakistan kerana majoriti penduduknya Islam tapi British yang menjajah India mempunyai alasan tersendiri bila enggan melepaskannya kepada Pakistan. Apa pun semoga Kashmir akan merasai zaman damai, sedamai alam semula jadinya..
BalasPadambetul kan kak.. semua dipandang indah je kan.. sy mmg dah macam org gila lah kalau cerita pasal Kashmir.. apa saja, bagi saya indah..
BalasPadamtengok gambar bunga safron..teringat bulb yang diterima dari kawan blog. Dapat 2 biji tapi satu dah kiok. berkulat. Yang satu lagi masih duk memeram tak tumbuh2. Ada orang dah tanam & tumbuh tu yang exited tu...
BalasPadamsambung baca lagi kak cik, apapun jelas di raut wajah kakcik keseronokkan berada di bumi kashmir ni, Alhamdulillah nampak dingin persekitarannya.
BalasPadambestnya kak dapat tengok negara orang
BalasPadamTerima kasih kakcik..
BalasPadamkongsi gambar2 yg indah ini..
Walaupun banyak tapi hati gembira melihatnya..
Macam nak kesana pula..
Kashmir milik India...tapi Kashmir memiliki keindahan yang tidak terhingga
BalasPadam