Kawan-kawan kakcik

Isnin, 20 Mac 2017

Meraikan tetamu dari Kashmir...

Zubair (pemandu pelancong sewaktu aku dan kawan-kawan ke Kashmir dulu), datang ke Kuala Lumpur bersama kawannya Ishfaq. Pemuda ini punya keperibadian yang baik, jadi mereka yang pernah menggunakan khidmatnya sewaktu ke Kashmir tidak lokek untuk meraikan kedatangannya.  Masing-masing bergilir untuk bertemu dan meraikannya.  

Ketibaannya di KLIA disambut oleh Puan Azian Elias dan beberapa urusan Zubair juga dikendalikan oleh Pn. Azian. Zubair dan kawannya tiba pada pagi 16/3/2017.  

Sabtu (18/3/2017), aku whatsapp Zubair bertanya apa rancangannya untuk hari itu.  Katanya, ada kawan hendak menjemputnya di hotel.  Kebetulan aku dalam perjalanan ke pusat bandar Kuala Lumpur untuk membeli sesuatu.  Setelah berbalas-balas whatsapp, Zubair kata kawannya akan datang sebelah petang. Jadi, adalah masa untuk aku bertemu dengannya.

Aku dan suami menjemput mereka di hotel dan bercadang membawa mereka bersarapan (walaupun aku dan suami telah bersarapan sebelumnya - sudah hampir jam 11.00 pagi pun.  Waktu di Kashmir lewat 2 jam 30 minit dari waktu di Kuala Lumpur).

Setelah berbincang dengan suami, kami (aku dan suami) sepakat membawa mereka makan di Restoran Beriani Asif di Bukit Bintang.  Mudah, sebab pastinya hidangan di restoran tersebut kena dengan selera mereka.  Kami tiba sewaktu restoran baru hendak memulakan perniagaan untuk hari tersebut, jadi lamalah sikit menunggu.  Tak mengapalah, Zubair dan Ishfaq boleh ambil peluang berbual dengan pemilik dan pekerja restoran kerana mereka boleh bertutur dalam bahasa yang sama.


Kami biarkan mereka pilih apa yang mereka suka...

...dan inilah pilihan mereka :


2 keping Garlic Naan (RM6.00 sekeping)

Chicken Tikka (RM12.00)

Ada Beef Masala dalam mangkuk itu (RM15.00)

Lamb Beriani (RM20.00)

Garlic Cheese Naan (RM7.00)

Kami juga pesan satu jug Manggo Lassi (RM18.00)


Alhamdulillah, syukur kami berpeluang juga meraikan kedatangan
mereka.  Aku juga bersyukur kerana En Suami sentiasa mahu
bersama melayani permintaan isterinya.  Cuma sedikit masalah,
kedua-dua kami tidak fasih berbahasa Inggeris. Janji faham saja!

Selepas makan, kami tanya mereka mahu ke mana sementara menanti kawan mereka tiba.  Hendak bawa jauh-jauh , takut tak sempat.  Cuaca pula sangat panas, merah padam muka mereka dan aku sendiri pun berpeluh-peluh...

Singgah sekejap di Tasik Titiwangsa...

...kemudian bawa mereka ke Tugu Negara

Hero Kashmir sedang berangan!

Dari Tugu Negara cadangnya kami akan bawa mereka ke Masjid Negara untuk solat tapi kata Zubair kawannya dalam perjalanan untuk mengambil mereka di hotel.  Kami hantar mereka terus balik ke hotel penginapan...


Semalam (Ahad = 19/3/2017), kami berkumpul seketika di rumah Pn. Azian Elias dan mereka dihidangkan dengan makanan dan buah-buahan tempatan.  



Hari ini (Isnin = 20/3/2017), Zubair dan Ishfaq bercuti ke Langkawi pula.

10 ulasan:

  1. adoi rindu mkn kt asif...garlic cheese naan & mango lassi fav

    BalasPadam
  2. wahhhh bagusnye kak cik ...
    masih la keep in touch ngan torist guide dulu ye .. siap bawa diorg pula berjln kat Malaysia ... ni pun dah cukup membuktikan rakyat MAlaysia sgt baik tau .... salah satu cara naik kan nama Malaysia .....

    kakcik nan tu nampak lebih sedap dan menarik dr satu restoren nan cheese femes tu .. harga lebih kurang ...murah sikit kot ..... nanti boleh try pi restoren tu

    BalasPadam
  3. seronok nya kakcik... kali ni kakcik n the geng pulak jd tour guide utk 2 jejaka kashmir tuh...

    bak pepatah, org memberi kita merasa, org berbudi kita berbahasa...
    dh mereka lyn kite elok apa slhnya kite pun lyn mereka elok bila mereka sampai kt sini....

    BalasPadam
  4. assalamualaikum kakcik...wah !! ada tetamu dr jauh rupa2nya yer...
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  5. begitulah manisnya ukhuwah kan kak...sama2 merai satu sama lain..alhamdulillah..

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah.
    Semoga ukhuwah berkekalan.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah Kakcik. Inilah yang saya katakan mengenai 'nilai persahabatan'....sahabat bukan saja didekati sewaktu kita memerlukan sesuatu....dengan attitude sebegini, this world will be a better place...

    BalasPadam
  8. Lamanya Zubair bercuti. Ye tak ye jugak...alang alang sampai Malaysia katanya.
    Untung Zubair ada kakak kakak yg baik kat Malaysia.

    Betul tu KC nasiblah abang sado sporting bab bab ni. Senang nak bersilaturahim ye KC

    BalasPadam
  9. ALHAMDULLILAH akak boleh bawak dia ke sana sini. saya memang tak dapat nak bawak dia jalan2. maklum lah kan. lone ranger nak ke sana sini mmg susah sikit lah.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com