..tapi tanpa kesepakatan, pilihan kita mungkin tak akan ke mana-mana...
namun...
setidak-tidaknya kita telah bersuara
walau tanpa kata-kata
hanya coretan di kertas semata-mata
yang penting...
biar jelas pihan kita
bukan kerana termakan dengan kata cinta
tidak juga kerana pemberian yang datang bersama
kerana...
hidup kita mungkin sudah tak lama
fikirkan mereka yang akan mewarisi tinggalan kita
atau kita memang tak rasa apa-apa
yang hidup nanti pandai-pandailah mereka
jangan pula...
kerana pilihan yang tidak sama
kita mencaci menista
memutuskan ikatan saudara
sakit pening kita
yang datang bukan orang yang tak kenal kita
tapi mereka yang telah lama bersama kita...
inshaaallah
BalasPadamMudah2an perbezaan dapat dirapatkan selepas pilihanraya.
BalasPadamSama2 menerima keputusan dengan hati yang lapang.
mari la mari, kita mengundi lalalala
BalasPadamInsyaAllah.. moga hubungan yang ada tidak putus di tengah jalan.
BalasPadambaik kakcik.
BalasPadamEsok jom lah kita poei mengundi
Selamat mengundi Kakcik.
BalasPadamalhamdulillah....
BalasPadamSettle sudah ye KC . Harap ada perubahannya. Moga semakin baiklah hendaknya
BalasPadam