Melihat bendera yang berkibaran itu, aku terfikir 'apa akan jadi pada bendera yang banyak itu sebaik habis musim pilihanraya?'. Rasa sangat membazir andai ia akhirnya berakhir sebagai sampah yang tidak bernilai sama sekali.
Ramadhan akan menjelang tidak lama lagi. Selepasnya muncul pula Syawal. Mungkin ada keluarga yang jangankan hendak bermimpi berpakaian baharu, hendak membeli kain pun tidak mampu. Jangan pula suruh mereka kutip bendera yang bergumpalan itu untuk dijadikan pakaian. Undi mereka ditagih tapi kehidupan mereka disisih dan diperlekeh.
Cikgu Hani ada cadangan yang mungkin boleh dipertimbangkan tentang apa yang boleh dibuat dengan bendera-bendera itu...
Hari ini (07/05/2018) adalah hari ulangtahun kelahiran yang ke 21 Bangcik. Sayangnya walaupun tarikh mengundi dua hari lagi, dia belum layak mengundi kerana belum berdaftar sebagai pengundi...
Semoga Allah SWT merahmati dan memberi segala kebaikan buat Bangcik Muhammad Muhaimin. Aamiin... |
aameen.
BalasPadam5 tahun lepas, ada NGO yang mengutip bendera2 ini untuk sukarelawan jahitan dan bendera ini dijahitkan sebagai selimut dan di agihkan kepada gelandangan dan juga di hantar ke syria.
sekarang, belum dengar lagi pula samada NGO yang sama akan ulang semula proses jahit selimut ini atau tidak
Lepas PRU ni, nak tengok semua bendera-bendera tu akan dikemaskan semula atau tidak.
BalasPadamSelamat Hari Lahir buat bangchik. Moga rutin harian dipermudahkanNYA.
Jauh beza rupa Bangchik dulu dan sekarang.. ;)
Selamat hari lahir bangcik Muhammad Muhaimin.
BalasPadamMudah2ah sihat selalu.
Ingat masa susah kecik2 dulu, kain poster nilah yang dikutip, dijahit dan dijadikan selimut serta seluar panjang.
Kenangan.