Kawan-kawan kakcik

Jumaat, 11 Mei 2018

Sedikit coretan di hari mengundi...

Mula-mula keluar sebelum 8.00 pagi bersama anak kedua dan suami.  Wah...panjangnya barisan orang beratur sehingga melimpah ruah.  Balik dululah.  Keluar semula sebelum jam 10.00 pagi, nampak macam dah kurang orang.  Eh...rupa-rupanya orang ramai sudah masuk berbaris di dalam.

Makcik mengundi di saluran 10.  Terletak di tingkat 3,  Allahu... tapi makcik gagahkan juga diri untuk terus berbaris demi satu undi...
 
×× terpengaruh dengan mesej yang tular mengatakan tak boleh pakai selipar, makcik pun pakailah kasut. Mujur dalam dompet makcik sentiasa ada beg plastik. Sudahnya kasut itu duduk dalam beg plastik dan makcik hanya berkaki ayam sehingga ke pintu bilik mengundi! Lebih satu jam berbaris woiiii...

×× waktu berbaris, ada calon datang menyalami para pengundi. Makcik tanya wanita Cina di hadapan makcik tentang siapa calon itu. Dia jawab 'saya tak tahu siapa dia tapi saya tahu saya mahu pangkah apa'. 😊

×× tersangatlah ramainya pengundi pada pagi ini. Tapi dalam kelompok 20 ke 25 pengundi Cina hanya terselit 2 ke 3 orang pengundi Melayu/India.




4 ulasan:

  1. suara rakyat telah kedengaran...kpd yg diberi tanggungjawab, laksanakanlah utk kemajuan negara. kpd yg tewas, musahabahlah hendaknya....

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...selesai tanggungjawab 5 tahun sekali...moga semua terus baik-baik sahaja.

    BalasPadam
  3. Meriah betul tahun ni. Kita pergi petang, alhamdulillah tak sesak sangat. 😀

    BalasPadam
  4. Samalah kat tempat saya KC.... tengok kawasan kot. Saya pergi pagi tp tulah tu ..... kena beratur panjang. Mandi peluhlah gamaknya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com