Kawan-kawan kakcik

Isnin, 15 Januari 2018

Memang dingin sekarang, tapi...

...tidaklah sampai perlu pakaian tebal dan berlapis-lapis
seperti waktu makcik ke Beijing pada 14/02/2015 dulu...

...atau dapat bermain salji seperti di
Pahalgam, Kashmir pada 07/11/2015 ini.

Walaupun  begitu, syukur kepada Allah SWT yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia merasai pengalaman cuaca dingin ini (di Kuala Lumpur, suhu paling rendah dicatatkan mengikut yang terpapar di skrin telefon makcik ialah 23C).  Kelakar juga melihat kreativiti sesetengah orang yang memuatnaik gambar seolah-olah salji turun di beberapa kawasan.

Tapi, kreatif tu kreatif la juga kan?  Janganlah pula sampai menggunakan gambar orang lain sewenang-wenangnya tanpa meminta izin atau memberi kredit kapada tuan punya gambar seperti yang berlaku kepada Abah Zino ini.  Tak baik tau.  Gambar itu ada tuannya.  Hendak mendapatkan gambar itu pun bukan sedikit belanja yang telah dikeluarkan sebelumnya.  Kita pula semudah menekan papan kekunci mengambilnya walau tanpa niat mencuri...

Mungkin bil elektrik bulan ini akan berkurangan sebab tidak perlu memasang kipas atau pendingin hawa waktu tidur untuk beberapa hari ini.

6 ulasan:

  1. mmg sejuk dingin kakcik kan.... sampaikan rasa seronoknya berselubung ngn selimut je....

    tang perangai sesetengah manusia yg suke amik hak org lain tanpa izin mmg kadang bt sakit hati, tp... bila di tegur mana lah nk reti minta maaf seribu satu alasan di beri

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah hari ini kelihatan sedikit cahaya mentari kak..namun angin sejuk tetap terasa lagi...sebaiknya kreditkanlah pada pemilik asalnya..

    BalasPadam
  3. memang gigil kak.. saya tak pakai aircond pun dah.. nak mandi, mak aiiii, kena pakai water heater.

    BalasPadam
  4. Hari ni dah start panas KC....tapi ni dah mendung balik pulak.
    Seronok jugak cuaca sejuk sejuk mcm ni cuma yg tak bestnya time nak mandi pagi dengan baju tak kering huhu...

    BalasPadam
  5. dahlah kat luar sejuk ... dalam opis pun sojuk makkk

    BalasPadam
  6. at least merasa laa juga sejuk malaysia ni kan.... tu pun ada yg x bersyukur... panas merungut sejuk pn merungut... manusiaa

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com