Assalamu'alaikum dan Salam Jumaat buat yang sudi singgah dan membaca...
Khamis (18/01/2018), makcik ikut pakcik ke Kuala Selangor. Pakcik ada sedikit tugasan di sana. Disebabkan kami tiba awal, kami singgah sekejap di Bukit Malawati, Kuala Selangor. Makcik minta pakcik ambilkan gambar makcik duduk dekat meriam. Huhuhu...pakcik bila ambil gambar makcik memanglah hasilnya agak tidak memuaskan hati makcik yang perasan comel ini. Dah rupa macam anak gajah saja...hahaha...
Maka, makcik dapat ilham untuk mencipta pantun (makcik ada letak pantun ini di facebook makcik)...
Anak gajah berbaju batik duduk termenung di tepi meriam ada orang perasan cantik padahal terjun terus tenggelam! |
Anak gajah duduk termenung memandang monyet sedang menari badan gemuk hati pun murung hendak tersenyum tidak berseri |
Sudah bertahun-tahun makcik tidak memakai baju kurung batik begitu. Apatah lagi setelah tidak bekerja. Waktu kerja dulu pun makcik lebih suka menyarung jubah. Semalam sewaktu buka almari, makcik nampak baju itu dan setelah dicuba, masih boleh dipakai...
nampaknya makcik masih maintain cantik comel :D
BalasPadamsaya dah jawab kat fesbuk ..
BalasPadamSantai mengikut suami tercinta
BalasPadamCantik kakcik berbaju batik
Tiada pula sisi gajahnya
Bagi PC kakcik sentiasa cantik
Moga kakcik dan bangchik sihat dan kuat dalam meledani rutin harian.
BalasPadamKuala Selangor tu.. takdelah jauh mana tapi masih belum berkesempatan nak ke situ lagi.
maksudnya kakcik tu masih maintain lagi, kalau baju lama pun blh sarung lg... msh elok je tak nampak sendat pun
BalasPadamkak nak tembak sapa tu
BalasPadamkak cik kalau boleh pakai lg maknanya maintain laa tu kannnn ;-)
BalasPadamWahhhh apakah maksudnya tu? Maksudnya KC mentenlah ek....baju kerja pun masih boleh disarung. Mmg pergh tu!
BalasPadamHihi....
Biarlah anak gajah ke, anak dinasor ke KC yg penting laki kita tengok comel hihi