...namanya manusia.
hujan mengeluh
panas pun mengeluh
tapi aku suka cuaca dingin ini
badanku tidak berpeluh
dan aku juga tidak perlu memasang kipas sepanjang waktu
cuma...
eh - perut ini kenapa?
sudah makan, seketika nanti lapar lagi
kain di ampaian kering tetapi dingin
tak mengapa,
asal jangan berbau masam
semoga hujan itu turun bersama rahmat
semua tempat berada dalam selamat
setiap sesuatu yang Allah jadikan untuk kita beringat
bahawasanya kita tidak berkuasa mahupun berkudrat
mata memang mudah mengantuk
tapi tidur lama-lama pun tidak elok
nanti jadi malas dan terasa macam terlebih gemuk
hendak bangun tapi tersengguk-sengguk...
Betul kak...hujan lebat berterusan..dingin..tapi bila keluar rumah tengok pokok-pokok yang ditanam segar seolah tersenyum mengucap syukur...terhibur hati..alhamdulillah.
BalasPadamHarap2 taklah sampai banjir
BalasPadamAssalam Kakcik, kabarnya di tanahair mengalami cuaca sejuk di setengah tempat. Mudah-mudahan semua baik. Kakcik sihat?
BalasPadamSalam owner blog Kak Cik Nur Seroja. Mohon update Blog List puan dengan blog saya. Saya dah masukkan blog Kak Cik Nur Seroja kat blog list Rahsia Melancong.
BalasPadamsejuk sungguh kan kak.. sib baik water heater baru dibaiki..
BalasPadammama dlm air batu.
Salam perkenalan kak. GV follow blog akak ya. Aah, lama kan hujan rintik turun kan kak. Setiap awal tahun, pasti ada cuaca makin lama makin lain kan kak. huhu. :)
BalasPadamPenangan cuuaca sejuk ye KC.
BalasPadamBetullah kadang cuaca pun boleh effect aktiviti seharian kita......contohnya mengantuk, lembab aje rasa