Kawan-kawan kakcik

Sabtu, 2 Disember 2017

Melalui jalan/jambatan tertinggi di Malaysia...

Jalan/jambatan ini baru dibuka/dirasmikan beberapa hari sebelum pakcik bawa makcik melaluinya pada petang hari Jumaat 1/12/2017.
/
Agak lengang jalan ini mungkin kerana ramai yang 'takut' untuk
melaluinya bila dimomokkan dengan rasa gayat dan seram...

...hakikatnya, hanya perasaan biasa seperti kita menaiki kereta
di mana-mana jalan atau lebuhraya.


Makcik cuba ambil gambar pemandangan di bawah melalui
cermin tingkap yang dibuka.  Eh...buatnya terjatuh telefon bimbit
makcik, menangis tak berlagulah jawabnya...


Pemandangan memang agak cantik...

Nampak tak betapa tingginya tiang itu?

Cuaca redup dan gerimis mula turun.  Jomlah kita balik.
Kalau norang bercerita, kita boleh kata kita telah pun melaluinya...:)

9 ulasan:

  1. ini lebuhraya yang rawang tu ek kakcik

    BalasPadam
  2. sebelum ni tiap kali lalu LATAR dari selayang nak kuala selangor (dan sebaliknya), mesti tertanya2 highway apa la yang tinggi sangat ni. lagi tinggi dari pokok balak. dan sekarang terasa macam nak cuba jugak, cuma masih takde urusan ke rawang sana.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dah siap dan dah boleh digunakan...tengok memang gayat ni kak...

    BalasPadam
  4. rmi juga tgk kwn2 blogger dh lalu..siap stop bole kuar dok tepi lg ye....kak chik pn dh smp...tgk tgi btul

    BalasPadam
  5. Ada tenguk kat tv hari tu.
    Bila nak sampai tak taulah.

    BalasPadam
  6. Tak pernah lagi lalu KC...Biasalah KC saya selalunya yg last last haha

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com