Aku tahu bahawa suamiku itu baik orangnya. Syukur atas kurniaan Allah SWT untuk kurniaanNya yang satu ini. Mungkin ada orang (malahan anak-anak sendiri) tidak memahami sikapnya. Kebaikan yang dilakukannya memang akan tenggelam kadangkala dek tuturkatanya yang tidak difahami (bukan kerana dia gagap, sukar bertutur atau yang sewaktunya dengannya), sebaliknya kerana kadangkala maksud di sebalik apa yang dituturkan itu orang tak faham. Dia sendiri pun kadangkala lain yang orang maksudkan, lain yang dia faham!
Dari dulu dia memang baik terhadapku. Kebelakangan ini aku dapat rasakan sikap baiknya itu bertambah-tambah. Iya, dia tidak mampu menghadiahkanku dengan sebarang bentuk hadiah. Cuma, bila dia ada sedikit lebihan wang, dia akan ajak aku membeli 'pakaian-pakaian murah' yang aku suka. Dia juga akan membawa aku keluar bersiar-siar walau hanya sekitar Lembah Klang setelah kebanyakan masa aku hanya terperap di rumah sahaja. Biarlah orang kata 'baik ada makna tuuuuu', janji aku dapat merasakan kebaikannya. Dia tahu hatiku sedang terluka, cuma mungkin dia tidak tahu bagaimana hendak membalut kelukaan itu...
Suatu petang, dia mengajak aku untuk 'minum-minum' di Restoran Al Rawsha, Kg. Pandan. Aku selalu sahaja tidak bersetuju untuk 'bersantai' di tempat yang aku rasakan agak mahal. Aku tahu sejauh mana kemampuan kewangan kami. Tapi setelah diajak berkali-kali, aku ikutkan sahaja...
Inilah yang kami pesan setelah membelek-beluk buku senarai hidangan (menu) yang ada...
Aku pesan 'Shawarma Chicken Sandwich' - RM8.00 Wah...memang mencungap aku hendak menghabiskannya. |
Kosong...kosong...kosong... |
Ini yang suamiku pesan. Tak silap aku, hummus itu berharga RM10.00. Roti itu aku tak pasti. |
Sebenarnya kami sepakat memesan seteko 'Arabic Mint Tea' yang berharga RM10.00 dan dikongsi berdua. Jenuh juga hendak menghabiskan teh itu... |
Hati seorang ibu, apa dimakan pasti anak-anak tidak dilupakan. Jadi, aku pesan tiga set 'Shawarma Chicken Kebab' yang setiap satunya berharga RM10.00 untuk mereka.
Tidak sampai satu jam pun rasanya kami suami-isteri bersantai di restoran ini. Sempat jugalah suami menunaikan solat Asarnya di surau restoran. Aku pula solat setelah tiba di rumah. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati kehidupan kami suami-isteri dan mudah-mudahan anak-anak akan lebih mengerti isi hati kami...
al rawsha mmg slh satu restoren arab kegemaran kami, klu nk mentapau mmg ini lah yg di tuju,
BalasPadamhummus tu sekali ngn roti klu tak silap dana kakcik....
kalau amik kebab kambin pun mmg blh berkongsi ber2.... nmpak mcm skit tp mmg banyak sebenarnya...
Alhamdulillah.
BalasPadamSemoga bertambah erat ikatan, kekal bahagia selama2nya.
Betul la kak...untuk menghargai pasangan ikut cara dan kemampuan masing-masing..apa adanya tetapi berterusan itu lebih baik..sekiranya mampu agak sedikit berlebihan tidak mengapa asal berpada-pada..bagi PC sederhana tapi istiqhomah buat pasangan saling rasa dihargai.
BalasPadamMoga terus berbahagia akk dan suami sekeluarga.
Laki kita, kita taulah perangainya ye KC....Dan saya tahu kebanyakan suami suami didunia ni memang sayang isteri. Lagi lagi abang sado kan.... Sapalah dia nak bahagiakan kalau bukan KC ...Tak gitu?
BalasPadamSaya tak pernah sampai Al Rawsha ni KC. Pernahlah makan Shawarma ni tp kat Foodcourt ALamanda je