Kawan-kawan kakcik

Selasa, 5 Disember 2017

'Berseri-seri wajah Puan bila bercakap tentang anak'...

Itulah kata-kata yang diucapkan oleh seorang jujurawat berusia 27 tahun (sebaya Angah) yang melayanku di wad kecemasan baru-baru ini...

Seperti biasa, sebelum masuk ke wad, beberapa jam kenalah 'berehat' dahulu di wad kecemasan.  Dalam tempoh itu, aku dilayan oleh seorang jururawat terlatih (staff nurse) yang sangat peramah.  Masih bujang.  Banyak juga yang kami sembangkan.  Dari situ, aku dapat tahu ibunya sudah kembali ke rahmatullah. Innalillahhiwainnailaihirojiun.

Kebanyakannya kami bercerita tentang keluarga.  Bila aku ceritakan tentang anak-anakku, dia tiba-tiba berkata 'nampak sangat wajah Puan berseri-seri bila bercerita tentang anak-anak'. Aku jawab balik 'itulah hati seorang ibu'.

Iya, biarlah serenyuk mana hatiku diramas anak-anak, aku mahu orang tahu yang baik-baik sahaja tentang mereka.  Biar lukanya aku tanggung sendiri, jangan sampai darahnya dilihat orang.  Suatu hari nanti, mereka akan merasai apa yang aku rasa sekarang.  Bukan itu doaku buat mereka, tapi sejarah selalu berulang...

Selagi mampu dan selagi terdaya, semuanya biarlah yang baik-baik sahaja.

9 ulasan:

  1. Mak...SA doakan Mak sentiasa sihat..jangan diingat hati yg robek mak..kelak meracun diri..

    BalasPadam
  2. Semoga keluarga mak dilimpahi kebahagiaan di dunia & akhirat

    BalasPadam
  3. Doakan yang baik2 untuk mereka.
    Salah satu doa WP setiap kali lepas sembahyang "Ya Allah,ampunkanlah dosa2 anak2ku"

    BalasPadam
  4. Ibu bapa..anak-anak harta mereka paaaaaaling berharga..insyaAllah kak setiap kebaikkan dan setiap kemaafan pulangannya luar biasa.

    BalasPadam
  5. Kakcik, kesihatan diutamakan.....bila pi kenuri jangan lupa dunia...hahahahahahahaha........ayam masak merah, korma kambin, nasi beriani, perghh.......ayaq sirap merah 'ang-ang' semua ada....

    BalasPadam
  6. Namanya pun manusia ye KC....Ibu ke anak ke, tak semestinya sempurna. Ada masa tak sabar jugak. Biasalah tu KC. Fahamnya.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com