Kawan-kawan kakcik

Selasa, 5 September 2017

'Mak masih berblog lagi?'...


...begitulah pertanyaan GB

lalu makcik jawab begini :

iya, mak masih berblog lagi
cuma sudah tidak kerap dikemaskini
maklumlah sekarang lebih banyak menyendiri
ilham pun sukar hendak mendekati

bertambah lagi perlu berhati-hati
bukan semua boleh dicoret di sini
walaupun ada yang terlintas di hati
ia tetap perlu ditapis-tapisi

dapat mak rasai
blog ini ada yang memerhati
datang sebagai pembaca senyap sunyi
entah apa yang mereka cari

walau blog tiada catatan berhari-hari
jumlah kunjungan masih ada tidak terhenti
dari situ dapat mak ketahui
blog ini masih ada tarikan tersendiri

kadang-kadang kita menulis sekadar berkongsi
rupa-rupanya ada yang tidak senang di hati
dari itu biarlah kita sedar diri
menulis hanya sekadar berbasa-basi


Gambar hiasan :  terperangkap berjam-jam dalam kesesakan
di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) dari Ipoh ke Tapah.
Moralnya :  gagal merancang bermakna merancang untuk gagal.

16 ulasan:

  1. Salam Kak Cik...aduh susah juga kalau tak boleh nak luah rasa hati secara terbuka. Apa guna melaung merdeka kalau minda masih berbungkus...Adoii....

    BalasPadam
  2. ok gambar hiasan tak kena mengena dengan pantun di atas hihihih :D

    BalasPadam
  3. Blog kita suka hatilah nak tulis apa kan...yang cari2 untuk memerli tu biarkan dia sendiri..hidup nak maki dan mengeji apa tah nak jadi. Eh dah terikut2 rhyme kakcik lak.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Wrmbth

    Selamat hari selasa.Menulis mengasah minda

    BalasPadam
  5. assalamualaikum kakcik...sweetnya gambar header kakcik....
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  6. jgn benti menulis kakcik, klu tkt cuti sehari dua ok, jgn lama2

    BalasPadam
  7. entah bila nak berhenti .. tiap kali datang tekad, rasa sayang menghadang .. mungkin beginilah sampai akhirnya .. melayan runtunan hati sendiri.

    BalasPadam
  8. Blog akak santai..tapi penuh makna..beruntung bagi yang dapat memahami dan menyelami..

    BalasPadam
  9. kiter suker puisi gurindam makcik...kerana kiter pecinta komsas...kiter pun dah mula bergurindam...seronok kalau time ada idea..menjadi jer...

    BalasPadam
  10. saya suka membbaca catatan kakcik..ala2 berpantun berpuisi gitu..

    BalasPadam
  11. Salam
    terus menulis Kak..menulis itu satu kelegaan. saya dah berhenti hampir dua tahun..baru nak start sambung menulis semula..

    BalasPadam
  12. InsyaAllah, ada sahaja yang akan datang membacanya, Kakcik. Teruskanlah menulis walaupun sekadar perkara biasa-biasa juga. Tapis tu tapis juga tapi kalau dah memang ada yang suka jaga tepi kain, naik buat macamana Kakcik. Terima ajelah janji tak mendatangkan kesusahan.

    BalasPadam
  13. mak jangan berhenti berblog na...apa-apa pun saya ikut cerita kakchik di fb

    BalasPadam
  14. Itu tandanya blog ni masih ramai peminatnya. Seronok sebenarnya baca blog ni. Cite biasa biasa lagi bedt sebenarnya

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com