...kerana kau anak majikan
aku pula anak pekerja bawahan
kau leka dengan segala kemewahan
bilikmu penuh aneka permainan
riang ria kau berlari di taman
sedang aku hanya mampu memerhatikan
kemudian kita meningkat dewasa
hidupmu masih penuh gaya
kau dapat apa sahaja yang diminta
sedangkan aku kena terus berusaha
kau tak pernah kenal erti susah
kau meraung walau hanya air yang tumpah
kau kata aku yang membuat sepah
tanpa sebab aku disumpah
namun aku tetap sedarkan diri
hidup menumpang membuatkan aku berhati-hati
biar dilayan bagai anak tiri
sebulat hati kuserah pada Ilahi
dunia ini hanya pinjaman
bumi yang bulat aturan Tuhan
tidak selamanya aku dibiar dalam kesedihan
Dia tahu apa yang aku perlukan
bila hidupmu tidak keruan
tidak pula aku ingin memberi balasan
harta yang ada sia-sia kau habiskan
akhirnya kau kenal mana kawan mana lawan
maka ingatlah wahai kawan
tiada kekal pangkat mahupun gelaran
biarlah seadanya hidup ini kita bawakan
akhirnya di sana juga tempat yang berkekalan
#catatansajasaja
#catatandirekareka
#agarblogterusbernyawa
Di mana pun..siapa pun..sederhana itu lebih wajar..
BalasPadamsetuju tu kakcik... walaupun rekaan terasa di hati...
BalasPadamSuka catatan ni..
BalasPadam"Dunia ini hanya pinjaman bumi yang bulat aturan Tuhan tidak selamanya aku dibiar dalam kesedihan Dia tahu apa yang aku perlukan"
deep
BalasPadamkakcik... bukan meruang tp meraung heheheh...
BalasPadamkakcik tryla bt cerpen atau novel... dana tau msti kakcik berbakat dlm hal2 penulisan ni kn
kadang2 Allah bayar cash kat dunia lagi.
BalasPadamHidup ni umpama roda kan kakcik.. tak payahlan nak berbangga diri sangat2..bersyukurlah dengan apa yang kita ada..
BalasPadamLama atau sekejap yang menzalimi akan dibalas perbuatannya di dunia lagi.
BalasPadamrealiti sekarang. semoga kita dijauhkan dari sifat2 yg kejar dunia macam ni. akhirat jua yg kekal.
BalasPadamni macam cerita bollywood ni kakcik...power!
BalasPadamBiasalah adat dunia, Kakcik. Dah terhantuk, barulah tahu langit tu tinggi ke rendah. Masa senang tak mahu berkawan, masa susah barulah tahu siapa kawan, siapa lawan sebenarnya.
BalasPadamGitulah lumrah alam KC....orang kaya, berharta disanjung dan di puja, org miskin terpinggir tp tak semua yg indah akan sentiasa indah, satu masa yg indah jugak akan jadi jelek..
BalasPadam