Kawan-kawan kakcik

Isnin, 28 Ogos 2017

Jangan angkuh di saat berkuasa, Tuan/Puan...

...kelak di saat kamu kehilangan kuasa, mereka yang suatu ketika dahulu, walaupun tahu 'kejahatan' kamu tapi masih berlumba-lumba untuk :

-menyarungkan kasutmu
-membasuhkan tanganmu
-menarikkan kerusi tempat dudukmu
-membukakan pintu keretamu
-mengawal dirimu agar tidak didekati
-menyelit agar dapat bergambar denganmu...

tidak ragu-ragu untuk melupakan segala kebodohan yang pernah mereka buat untuk kelihatan sangat rapat denganmu itu.  Malah merekalah yang akan ke depan untuk membongkar segala salah lakumu.

Jadi saat kamu punya kuasa, bersederhanalah.  Jangan ingat kamu akan sentiasa berada di atas dan mereka yang di bawah kawalanmu itu akan selamanya sanggup menjadi abdimu...

16 ulasan:

  1. Lumrah kehidupan mak...ampu itu perlu pada sesetengah manusia..

    BalasPadam
  2. Hidup ni seperti roda.. Kadang2 kita di atas, kadang2 di bawah.. Jangan sombong, jangan angkuh bila-bila pun boleh jatuh

    BalasPadam
  3. Betul tu. Hakikat yang nyata untuk mereka yang suka gilakan kuasa

    BalasPadam
  4. mmg mcmtu selalunya kakcik, jarang2 sgt kita nk jumpa yg berpangkat, berstatus merendah diri ... kebanyakkannya mana yg berpangkat tinggi sama tinggi ego nya

    BalasPadam
  5. Seronok tengok drama hidup....tukang jek & tukang kipas sangat berusaha gigih. Majulah negaraku...

    BalasPadam
  6. saya yg kerja customers service ni dah jumpa macam2 org dah mak...kerenah manusia yang sombong dan mendongak langit...kadang mana lah kita tahu yang datang depan kita ni ada pangkat datin, dia jerkahnya kita kenapa tak panggil dia datin...omaigod...grrrrr....

    BalasPadam
  7. Sentiasa kita ingat mengingatkan...
    Mrs pip dtg melawat #afbdotmy

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum,
    Saat kita berkuasa juga, hati-hatilah dengan orang yang sanggup buat apa sahaja ni...satu ketika, dia juga sanggup jatuhkan kita

    BalasPadam
  9. Betul...bila Allah nak ambil semua...tiada satu pun dapat menghalangnya.

    BalasPadam
  10. Dengan mudah kata bermuhasabah diri .

    BalasPadam
  11. setuju sangat...kena selalu muhasabah diri...

    BalasPadam
  12. Begitulah kitaran hidup. Bila kita di atas, semua pun nak mengaku rapat/kenal kita. Bila kita di bawah, tiada siapa yang sudi mengaku rapat/kenal kita. Nasib badanlah kalau terjadi pada diri sendiri...

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com