Kawan-kawan kakcik

Selasa, 8 Ogos 2017

Resepi mee goreng pucat yang mudah....

Tiba-tiba pula teringin nak makan mee goreng pucat macam ini.
Iyalah...balik-balik mee goreng ala-ala mee mamak saja,
sesekali kita ubah selera. Bukan susah pun nak masak,
guna sahaja apa bahan yang ada.

Bahan-bahannya :

1 bungkus mee kuning (makcik rendam untuk lembutkan dan buang warna kuningnya)
Beberapa keping kek ikan (fish cake) - dihiris nipis
Beberapa biji bebola ikan (fish ball) - dipotong dua atau tiga
15 biji cili api (dihiris kasar)
5 ulas bawang putih diketuk/dicincang
isi ayam atau daging di potong kecil
setengah cawan sayur campur (mixed vege)
2 biji telur ayam
minyak untuk menumis
garam secukup rasa
seketul kiub serbuk pati ayam
2 biji tomato (potong baji)

Cara-caranya :

Panaskan minyak dalam kuali.
Bila minyak panas, tumiskan cili api dan bawang putih hingga naik bau.
Masukkan kek ikan, bebola ikan dan ayam/daging.
Masukkan sedikit air.
Bila sudah menggelegak, masukkan sayur campur.
Masukkan juga sedikit garam dan kiub pati ayam.
Kacau sebati.
Masukkan mee kuning.
Gaul sekata dan pecahkan telur ke dalamnya.
Kaupbalikkan dan sesuaikan rasanya.
Masukkan tomato dan tutup api.

Siap untuk dihidang dan dimakan.

nota : bila makcik tiada ilham untuk menulis, apa yang makcik masak pun bolehlah dijadikan 'bahan' untuk hidupkan blog ini...

12 ulasan:

  1. nampak menyelerakan jgk tu kakcik.... yelah kadang bosan jgk asik mee grg ngn kicap n ngn cili boh, sesekali tukar resepi mcm ni msti sedap jgk nih kan...

    nnti nk cuba lah

    BalasPadam


  2. Apa khabar & selamat pagi sis kak cik

    wah pagi pagi dah nampak makanan

    Hehe

    Selamat menjamu selera

    Masak mee simple pu jadi sedap kalau air tangan ibu

    BalasPadam
  3. Sedapnya tengok mi goreng makcik.. kena pula dgn masam masam tomato...fuh dap dap

    Ada sesiapa yang ada risiko anemia ketika hamil? Vitamin Tingkatkan Hb ini boleh membantu ikhtiar anda

    BalasPadam
  4. Pucat ke..gelap berkicap ke...bagi PC kalau air tangan seorang itu..magisnya tetap ada.nikmat luar biasa.

    BalasPadam
  5. Mee kuning ni sy panggil mee kasar...haha

    BalasPadam
  6. Mak saya kalau goreng mee, mmg suka yg pucat sebab dia x boleh makan cili..tp sedap je walaupun pucat kak. Habis je.

    BalasPadam
  7. Hihi...mmg kekadang tekak kita ni mintaknya tah apa apa ye KC...
    Pucat pun pucatlah yg penting sedap

    BalasPadam
  8. Pucat pun tapi nmpak cukul Lazat tu

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com