Kawan-kawan kakcik

Rabu, 9 Ogos 2017

'Budak Sepet' sudah 16 tahun hari ini...

09/08/2001 - 09/08/2017

Sudah tenggelam mak dan ayahnya

Walaupun dia anak bongsu, dia sangat sayang
kepada anak-anak saudaranya...

...dan mereka pun rapat dengannya.

Gambar pada malam 5/8/2017
Terlebih makan kacang panjang agaknya!

Masih terasa pedih kesan pembedahan di perutku sewaktu melahirkannnya.  Sesekali hujung kesan pembedahan itu bagai terbuka sedikit dan perit berair.  Tahu-tahu sekarang dia sudah besar panjang.  Tiada lain doa mak untuk semua anak-anak mak melainkan mengharapkan agar Allah SWT memberi kejayaan hidup di dunia dan kesejahteraan di sana nanti.  Aamiin.


Imbas kembali - Mac 2012.  Ramai yang 'geram' dengan pipi
montelnya itu.  Abangnya yang di tengah itu pun sudah jauh
berbeza penampilannya.  Yang pasti, ayah semakin tua.


12 ulasan:

  1. Assalamualaikum Wrmbth

    Salam pagi rabu & apa khabar kak cik

    Alhamdulillah semoga anak terus sihat dan wal afiat

    Boleh berbakti pada mak ayah

    BalasPadam
  2. dah besar si bongsu..semoga menjadi anak yg soleh,ygg berbakti pada org tuanya

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah...16 tahun dah si bongsu...moga terus diberi kesihatan ya..dipermudahkan untuk menuntut ilmu..sentiasa berusaha menjadi anak yang soleh...amin.

    BalasPadam
  4. by reading your entry i found thar you raise your son in a good way or you best way. it's not only flesh and blood, but your heart that made you mother and son.  i think now you better don't wait your son to be a hero instead make him a great boy.

    Nice writing. Membaca sambil bersantai.

    BalasPadam
  5. Cepat betul masa berlalu kan mak...SA follow masa dia kecik lagi..sekarang dah bujang dah

    BalasPadam
  6. Cepat tinggi dia ni. Happy birthday adik.

    BalasPadam
  7. HB si sepet kesayangan kakcik, moga jd anak yg soleh n berjaya di dunia n akhirat

    makin lama makin tinggi n makin selim si sepet yg berpipi pau dulu ni kakcik...

    BalasPadam
  8. Selamat hari lahir untuk si sepet.. Wow cepat dia meninggi kan :D

    BalasPadam
  9. cepat sangat membesar rasanya kan kak cik

    BalasPadam
  10. Teringat kenangan waktu budak sepet main lego di rumah kami.. kali pertama kakcik datang beraya di rumah kami.. ;)

    BalasPadam
  11. Happy Belated Birthday yang ke-16 untuk anak kak ni ya. Pejam celik pejam celik, rasa kejap je anak2 dah besar kan kak.

    BalasPadam
  12. Anak2 akak masing-masing dah besar..
    Didoakan semoga mereka menjadi yg anak soleh.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com