Kawan-kawan kakcik

Isnin, 7 Ogos 2017

Bersarapan semahunya dengan RM5 di Naan Corner...


Ahad = 6/8/2017, pakcik ajak makcik bersarapan di
Naan Corner, Jalan Kerja Air Lama, Ampang.  Katanya
dengan bayaran RM5 seorang, kita boleh makan apa sahaja.
Ala-ala buffet di hotel.

Bila sampai (Alhamdulillah, mudah pula dapat tempat letak
kereta), suasana dalam restoran ini memang penuh dengan
pelanggan.  Sekali lagi syukur kerana kami masih dapat
tempat duduk untuk berdua.


Sarapan dengan harga RM5.00 ini hanya ada
pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum ( 7 hingga 11.30 pagi).
Untuk makan tengahari dengan harga hanya RM9.00
pula adalah pada hari Isnin hingga Jumaat (11 pagi
hingga 3 petang).  Sebanyak 25 jenis hidangan disediakan.
Minuman percuma juga disediakan.  Walaubagaimanapun,
kita boleh juga pesan minuman lain dengan bayaran dikenakan
.  

Terletak berhadapan dengan Me'nate Steak House.

Antara pilihan sarapan yang disediakan...

...pilihlah ikut selera sendiri...

...tapi ambillah untuk dimakan bukan untuk dibazirkan.

Untuk makcik, makan sebanyak ini pun sudah cukup
mengenyangkan.  Alhamdulillah.  Ada nasi lemak juga tau.
Rendang ayam pun ada.  Tapi makcik tak ambil semua itu.

Suami isteri yang suka keluar berdua...

Hehehe...tinggal tulang ayam saja ya?

Macam mana pakcik ambil gambar makcik
sampai muka nampak lonjong semacam ni? 😃

Bersusun kereta di luar.

RM16.00 itu sebab pakcik minum teh tarik
dan makcik minum milo panas.  Masa pada resit
ini tak betul.  Makcik dan pakcik bayar sebelum
jam 9.00 pagi.  Nama restoran pun dah jadi 'Noon'.

Kalau tak tahu hendak pergi, waze
sahaja seperti di atas...

12 ulasan:

  1. Alhamdulillah menarik ni kak...bagi PC sangat berpatutan.

    BalasPadam
  2. Bestnya harga dia...seronok kalau makan kat sini...tak risau harga mahal dah =)

    BalasPadam
  3. Selalu ke sini ke gerai mak jah tu. Oh patutlah orang makin ramai waktu sarapan pagi bila weekend. Nanti nak ajak Zcat cubalah.

    Muka kakcik nampak kurusla. Pandai husband ambik..hehe.

    BalasPadam
  4. Perghh, sedap gila tengok macaroni tu, harga dia pun berpatutan

    BalasPadam
  5. Eh murah betul tu mak..makan berdua RM16, mana nak dapat dah kat tempat lain....

    BalasPadam
  6. mmg murah tu kakcik.... tgk pilihan pun banyak... kalau mkn tgri rm9 tu mmg di kira murah, boleh lak amik mcm2 lauk kan....

    nk try jgk lah kakcik ke sana nnti time2 ujung minggu

    kakcik n suami mcm mak ngn abah kt kampung... skrg dh tinggal ber 2 je...
    anak2 dh merantau semuanya...

    BalasPadam
  7. puas la makan sarapan rm5 gitu..boleh kenyang sampai makan malam ni
    JanjiKita

    BalasPadam
  8. alahaiii...murahnya gitu..nasib baik jauh tau bonda...hehe

    BalasPadam
  9. murah..bestnyee layan berdua..yelah makan jgn membazir kan,,tp kadg murah tu jd kelabu mata,,hihihi

    BalasPadam
  10. Wahh biar betul.. Murahnya.. tapi sayang jauh sangat dari tempat saya huhu :(

    BalasPadam
  11. Berdua kadang kadang lagi senang KC. Tak payah nak menunggu orang. Tunggu orang ni leceh jugak sebenarnya. Saya jarang ke sebelah Ampang kalau tak de pape..... balik balik area rumah jerlah

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com