Kawan-kawan kakcik

Khamis, 20 Julai 2017

Jalan-jalan naik MRT...

Laluan MRT Sg Buloh - Kajang (infografik BERNAMA)

Rabu (19/07/2017), En Suami mengambil cuti kecemasan kerana ada beberapa urusan yang perlu diselesaikannya.  Bila urusannya selesai, dia mengajak aku menaiki MRT laluan Taman Pertama (Cheras) ke Kajang.  Lagipun sekarang ada tambang promosi (diskaun 50% sehingga 31/08/2017).

Kami berdua memang jarang sangat menaiki pengangkutan awam. Bila sesekali ingin menggunakannya, memaglah jadi macam rusa masuk kampung.  Dengan cuaca yang agak panas berbahang, aku mula tidak selesa dengan peluh yang mula menitik-nitik keluar dari tubuhku,  Belum lagi bau badan yang aku rasakan akan membuat mereka yang berdekatan denganku jadi tidak selesa.

Jomlah kita tengok macam mana caranya hendak menggunakan perkhidmatan MRT ini.  

Mula-mula makcik ambil gambar ini dulu.

Berderet mesin untuk membeli token disediakan.  Jika
menggunakan kad Touch n Go, tambangnya lebih murah
dari menggunakan wang tunai.
Petugas berbaju merah ini sedaya mungkin akan memberi
penerangan dan membantu kita.  Biasalah pakcik tu, selalu
banyak tanya.  Untuk warga emas yang tidak tahu menggunakan
mesin ini, ada disediakan kaunter untuk membeli token.
Makcik ini sedang menanti ketibaan MRT yang seterusnya.
Waktu menunggu memang tidak lama.  Lebihkurang 6 minit sahaja.
Suami isteri yang gembira.  Ramai juga penumpang dalam MRT
ini.  Suhu di dalamnya dingin dan menyamankan.  Serta merta
aku rasa selesa.  Benda baru, bersihnya memang tidak dapat
disangkal.  Mudah-mudahan akan terus bersih selamanya.
Wahai rakyat Malaysia, hargailah kemudahan yang disediakan. 
Keadaan dalam tren.  Lurus dari hujung ke hujung tanpa sekatan. Tren MRT tidak mempunyai pemandu.  Pergerakannya dikawal
sepenuhnya oleh sistem komputer yang berpusat di Sg. Buloh.
Bagi peluang pakcik bergaya...

...dan makcik pun pakcik suruh
berdiri di situ...
Sempatlah menikmati pemandangan sepanjang perjalanan
selama 20 minit sehala itu.


Terima kasih pakcik kerana sudi bawa makcik yang sakit lutut ini
berjalan-jalan seharian suntuk.  Dari pagi ke malam, makcik ikut
pakcik menyelsaikan urusannya dan jalan-jalan bersama-sama.


nota kaki :  tangga dan tangga elektrik (escalator) menuju ke stesyen MRT ini agak tinggi, tapi ada juga lif disediakan...

8 ulasan:

  1. Mak dah naik yer.. jue pun nak naik jugak la tapi weekend jer boleh tp asal weekend jer banyak aktiviti pulak.. mesti best kan sebab benda baru wangii jer..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah akak dah merasa...PC entah bila...teringin juga..

    BalasPadam
  3. nk try gak lah nti..hihi
    nmpk pun cam best jer tuuu

    BalasPadam
  4. semalam saya tak sempat naik mak..daya naik lrt je smlm dari hosp ampang.

    BalasPadam
  5. teringin gak nak try MRT ni.. cuma belum berksempatan lagi

    BalasPadam
  6. seronok tgok mak jalan- jalan ngan ayah...bestnya kalau mak dan abah SA pun dapat jenjalan sama macam ni..ntah bila nak bawak diorang berjalan...

    BalasPadam
  7. Sweet ah pasangan makcik dan pakcik ni...
    Saya lum try lagi KC. Ingat nak try jugak ni... Tak taulah bila. Kena ikut jugak jadual pakcik saya tu hihi

    BalasPadam
  8. seronoknya da cuba.. nak kena tunggu balik KL baru dapat cuba. tapi time tu xdak da diskaun kot..

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com