Kawan-kawan kakcik

Isnin, 17 Julai 2017

Bila aku menulis...

...maknanya aku suka hendak menulis
aku akan menulis apa sahaja yang aku suka
walaupun kononnya aku seorang blogger
jarang sangat tulisanku adalah tulisan yang ada 'imbuhan'nya

bila aku pergi makan
mungkin aku akan tulis tentang apa yang aku makan
bila aku pergi berjalan
akan kurakamkan gambaran perjalanan

semuanya ikut apa yang aku rasa
semuanya aku buat secara suka-suka
bukan semua tulisanku ada yang membaca
kadangkala aku rasa berfaedah
tapi bagi orang lain ia mungkin semata-mata sampah

apa yang aku kongsikan
tidak minta dipuji
mungkin memberi keuntungan kepada peniaga
bila kukongsikan tentang jualan mereka
tapi banyaknya mereka pun tak tahu
bahawa sedikit sebanyak aku telah membantu
bila Allah beri mereka rezeki
secara tak langsung aku ikut suka hati

aku tak harapkan apa-apa
jauh sekali meminta makan percuma
namun bila ada yang seolah tidak berpuas hati
tentang iklan percuma yang aku beri
apa lagi hendak kukatakan
walaupun aku menulis bukan untuk mencari makan...


8 ulasan:

  1. Gitu jugalah situasinya denga SB ni, kak

    BalasPadam
  2. Betul la kak...PC pun kongsi ikut rasa..kadang terus membisu seribu bahasa..belum tentu kita suka orang pun suka..silap-silap yang membaca terasa sedang kita kongsi apa yang dirasa...

    BalasPadam
  3. pedulikan kakcik.... dana pun mcm kakcik, tak penah tulis apa2 kadang ter rekemen psl kedai mkn, pasal apa2 tanpa bayaran, suka2 semata2....

    BalasPadam
  4. Iklan percuma pun orang komplen

    Kena belajar berterima kasih tu

    BalasPadam
  5. Kalau kita niatkan hati nak tolong orang. Insyaallah biarlah apa orang kata

    BalasPadam
  6. itulah kak, kekadang orang-orang ni tak paham.. asyik nak salahkan kita kasi promo percuma padahal niat kita baik..

    BalasPadam
  7. Tak pe KC..... Allah tau setiap niat kita. Dan Allah menjanjikan setiap kebaikan walau sebesar zarah tu akan dibalas dengan kebaikan jugak. Insyaallah..... niat sahajalah kita menulis untuk keredhaan Allah bukan untuk manusia....

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com