...terasa usia yang sedia tua ini
semakin bertambah tua dengan cepatnya
tidak boleh lagi berjalan laju
apatah lagi untuk berlari
aduhai lututku
tiada peluangkah untuk pulih kembali
sudah pelbagai prosedur dilalui
bukan sedikit 'duit syarikat' terbang pergi
kalaulah menggunakan duit sendiri
memang tak berubat sampai mati...
Maka benarlah pesan Baginda Rasulullah SAW :
rebutlah olehmu 5 perkara
sebelum datangnya 5 perkara :
MUDA SEBELUM TUA
SIHAT SEBELUM SAKIT
KAYA SEBELUM MISKIN
MASA LAPANG SEBELUM MASA SEMPIT
HIDUP SEBELUM MATI
Syukurlah kerana setakat hari ini, En Suami 'belum malu' untuk membawaku jalan bersama... |
SA doakan mak sihat sentiasa..kena jaga pemakanan, berehat dan bersenam selalu..insyaallah mak akan sihat sentiasa...
BalasPadamAbang sado sayang bini tu namanya KC..... Takkanlah bini ketika muda je,..bini kan untuk sepanjang hayat. Moga KC terus sihat dan sejahtera hendaknya ye
BalasPadamKasihnya suami itu yang kita harapkan selagi bernyawa. Alhamdulillah kakcik ada suami yang setia. Semoga cepat sembuh ya.
BalasPadamlama tak jumpa Kak Cik. Alhamdulillah masih sempat berblogging
BalasPadamsemoga sihat sentiasa dan semoga suami sentiasa terus setia temani KC... sabar ye...
BalasPadamAlhamdulillah..suka tengok akak dan suami...sesekali bawa cucu sekali..anak-anak pun bersama melayani..syukuri..moga akak sekekuarga terus dirahmati Ilahi..
BalasPadamDulu saya biasa sakit lutut awal tahun 2000. Makan ubat tak ikut aturan sampai dapat gastrik pula. Dokotr akhirnya suruh turun berat badan. Bila puasa & kerja pula dihotel ikut syif berat saya turun mendadak. Sakit lutut pun hilang terus. Bak kata orang utara..mcm kute ( cubit ) tauk buang.
BalasPadamTake care kakcik.
BalasPadamsemoga sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik ^^
BalasPadamSemoga dianugerahkan kesihatan yang berpanjangan.
BalasPadamYe kena ingat pesan 5 perkara tu
Auni doa mak selalu kuat. InsyaAllah, encik suami bila dah sayang, dia takkan malu. InsyaAllah, dia akan menemani mak hingga akhir nafas. Terima kasih mak ingatkan kami yang 5 perkara tu, selalu je lupa.
BalasPadam