Kawan-kawan kakcik

Isnin, 7 November 2016

Kambing Perap Rembau...


Tarikh : 05/11/2016
Tempat : Chembong, Rembau, Negeri Sembilan
Acara :  Majlis Perkahwinan



Hanya dengan sos lada hitam, rasanya sudah cukup sedap
walaupun tanpa hidangan iringan seperti kentang lenyek
atau sayur campur bermayonis...

Eh... Qaid tak makan kambing, tapi makan ayam goreng...

Dua beranak peminat tegar kambing panggang...

Tu diaaaa...bertabahlah menunggu 3 ke 4 jam lagi, ya...

Makcik suka-suka saja nak mencelah...

Haaa... ini lagi.  Lagi lambat nak menunggunya ni...
Eh, tengok pakcik tu! Dia pun sibuk nak ambil gambar... :)

Majlis perkahwinan ini adalah majlis adik kepada kawan menantuku. Dan kebetulannya, abang kepada pengantin adalah pengusaha Kambing Perap Rembau (sila klik pautan untuk maklumat lanjut).  Jadinya, memang kambing golek menjadi hidangan utama di majlis ini.  4 ekor kambing dikorbankan untuk hidangan.  Sedap...kambing segar dan panas-panas...

Kalau ada yang tiba-tiba rasa teringin selepas melihat gambar di sini, cuba klik pautan di atas dan buatlah tempahan...

14 ulasan:

  1. Nyosa tak raso...hihihi...bak kata org nogori 9..

    BalasPadam
  2. Sedapnya makan kambing. Nak masak memang tak reti.

    BalasPadam
  3. tgk kambing tu siap ngn sos pun dh tau sedap dh kakcik

    BalasPadam
  4. Waahhh! best ni kakcik
    Kalau kami sekeluarga memang suka kambing golek macam ni

    BalasPadam
  5. fuh ! kambing sedapnyaaaa... baru 2 hari lepas dkna makan kambing kat rumah,, bakar sendiri..hehehe

    BalasPadam
  6. Balasan
    1. Alhamdulillah...lembut untuk saya yang dah kurang gigi... :)

      Padam
  7. Kat mana2 pun kambing golek memang ramai peminat...makchaq makan jugak sikit2.. anak yg suka..

    BalasPadam
  8. aduhaiii... mbek, mbek ni mmg kegemaran sy.
    tak puas2 rsnya.

    BalasPadam
  9. Mcm menarik jugak tu .....lama lahai tak makan kambing panggang.
    Kira besar besaran jugak kenduri kawen kawan menantu KC ni ye, mesti anak sulung.

    BalasPadam

Catatlah apa sahaja asalkan tidak menyinggung sesiapa.

Komen-komen yang tiada kena mengena atau sengaja dilontarkan untuk menyindir, akan kakcik buang. DIMAKLUMKAN JUGA, ADALAH HAK TUAN PUNYA BLOG INI SEPENUHNYA UNTUK MEMBUANG MANA-MANA KOMEN YANG DIRASAKAN TIDAK PERLU ADA ATAU DIBERI RUANG BERLEGAR DI SINI.

Ada pertanyaan dan segan nak letak komen? Sila emel ke : kakcikseroja@gmail.com