Tarikh : 8/11/2016
Tempat : Jabatan Akauntan Negara, Putrajaya
Aku telah dipelawa untuk menjadi juri Pesta Pantun anjuran Jabatan Akauntan Negara Malaysia 2016 (yang julung kali diadakan) dan aku menerima pelawaan itu. Sehari sebelum pesta berlangsung, aku batuk teruk dan badan menggigil disertai rasa sukar bernafas. Suami mahu membawaku ke klinik tapi aku enggan. Aku hanya berdoa agar Allah SWT mempermudahkan segalanya...
Alhamdulillah, aku mampu hadir dari awal hingga akhir pesta pantun berkenaan. Bila balik, batuk aku bersambung lagi hingga aku sukar tidur...
Jom tengok gambar :
Tarian pembukaan dari Jabatan Hal Ehwal Orang Asli |
Dato' Akauntan Negara memukul gong tanda perasmian (terima kasih kerana sudi membaca pantun perasmian yang saya karang) |
Jurupantun dan Penjaga Masa yang kacak dan menawan |
Dua pasukan dari Bahagian Wang Tak Dituntut bersama Jurupantun dan Penjaga Masa |
Kamilah juri-jurinya. Aku bersama En Zainal dan Pn Kham Siah Hindon (bekas Pengarah RTM). Ketiga-tiga kami adalah YB yang ada pencen seumur hidup. :) |
Antara penonton (penyokong) yang memenuhi dan memeriahkan dewan... |
Semuanya gembira dan ceria... |
Pasukan yang menjadi johan bersama para penyokong mereka |
Tahniah juga buat naib johan... |
Ketua Juri kononnya. Ada sesiapa berminat hendak jemput jadi juri, silalah. |
Kebaya Nyonya berkancing suasa
Dipakai Dara bawa ke Pekan
Saya hanya insan biasa
Salah dan silap harap maafkan
...tapiiiiiii...
KEPUTUSAN JURI ADALAH MUKTAMAD
SEBARANG ADUAN TIDAK AKAN DILAYAN
...hehehe...
#sayabukankakogy
#sayajugabukantokram
Hehe...hashtag tu..
BalasPadamwow hebatnya
BalasPadamAlhamdulillah.. Segalanya berjalan lancar. Kesihatan akak hari ni macam mana..? Batuk akak..?
BalasPadamwahhh ketua juri tu ... kakcik mesti pandai jual beli pantun ni kan .. hebat tu
BalasPadamwah hebatnya kakcik. kalau kakcik jadi cikgu BM saya dulu, mesti saya selalu kena tegur sbb tak reti nak pantun. hahah
BalasPadamwaaaaaaaaaaaa ptt lah kakcik nya pantun selalu sedap di dengar...
BalasPadamnnti blh la kakcik bt kelas pantun... suke dana baca
hashtag akak memang WIN :p
BalasPadammemang sesuai sebab Kakcik handal berpantun
BalasPadamWahhhhh.....dasatnya. Bukan calang calang juri pulak tu, terus jadi ketua juri.
BalasPadamTahniah KC. Lepas ni femes le KC nampaknya
Wow, hebatnya KC.
BalasPadamTahniah.